Kajian saintifik mendapati bahawa terdapat kemungkinan bahawa sebatian ganja terbukti berguna dalam melawan COVID-19, lapor News Medical. Sudah tentu ini bukankah mesej untuk galakkan orang untuk ‘terbang’, tetapi para penyelidik mendapati bahawa ganja mungkin dapat menyekat kemasukan virus ke dalam sel dan berfungsi untuk mencegah jangkitan.

Kajian yang diterbitkan Isnin lalu bertajuk Journal of Natural Products dan sudah pun melalui proses peer-reviewed menunjukkan bahawa dua asid kanabinoid – asid cannabigerolic dan asid cannabidinolic – boleh mengikat protein lonjakan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Dalam erti kata mudah, manusia akan mendapat perlindungan daripada jangkitan kerana wabak tidak mempunyai kemampuan untuk memasuki sel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kajian mereka, para penyelidik mendapati, “Tersedia secara lisan dan dengan sejarah panjang penggunaannya oleh manusia, kannabis ini, terpencil atau dalam bentuk ekstrak, berpotensi untuk mencegah serta merawat jangkitan oleh SARS-CoV-2.”

Kajian ini diketuai oleh Richard van Breemen, seorang penyelidik dari Pusat Inovasi Hemp Global Oregon State University di Kolej Farmasi dan Institut Linus Pauling. Mereka juga bekerjasama dengan pakar dari Universiti Kesihatan dan Sains Oregon. Bercakap kepada media, van Breemen berkata sebatian yang dikeluarkan oleh ganja ini mempunyai profil keselamatan yang baik pada manusia.

Bagaimanapun, ini bukanlah senjata akhir yang kita perlukan untuk memenangi dalam perang menentang COVID-19, tetapi apa sahaja yang membantu mesti dilihat, dan ini boleh menjadi titik untuk permulaan yang menarik.

Pernah dihina sebagai penagih dadah, lelaki ini jadi CEO pada usia 28 tahun hasil menanam ganja. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pernah Dihina Sebagai ‘Penagih’, Lelaki Ini Jadi CEO Pada Usia 28 Tahun Hasil Menanam Ganja

Menteri Kesihatan Maklum Kegunaan Ganja Untuk Tujuan Perubatan, Cadang Didaftarkan Di Bawah DCA

PBB Keluarkan Ganja Daripada Senarai Dadah Merbahaya, Kini Dianggap Sebagai Tanaman Ubat