Ramai orang kata kereta di Jepun murah. Benarkah? Sebelum mula tentang harga kereta. Sekali lagi kita ulangkaji tentang kadar gaji dan taraf hidup di sini.

Di Jepun, 100 yen boleh dianggap sebagai RM1.00 di Malaysia. Contoh gaji 900 yen sejam adalah bersamaan RM9/jam. Gambaran gaji ini sekadar untuk membandingkan gaji dan taraf hidup dan bukan kadar sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di kanagawa yang setaraf dengan Selangor nilai yang ditawarkan satu jam bagi semua bidan adalah sekitar 983 yen. Gaji bidang professional pula sekitar 1500-3,000 yen/jam manakala gaji pengurus dianggarkan sekitar 3,000-5,000 yen/jam. Kadar sebenar bagi pertukaran wang pula adalah 100 yen bersamaan RM3.90.

Pencerahan ini diterangkan terlebih dahulu bagi memudahkan anda faham dengan kadar gaji dan living cost. Ayuh masuk ke topik asal. Harga kereta murah atau tidak? Berikut saya sertakan contoh harga kereta terpakai di Jepun.

Harga kasar kereta terpakai di Jepun
HondaIntegraTypeR_07
Sumber: Piston Heads

Honda Jazz tahun 2009 dijual pada harga 115,000 yen (RM4,500). Toyota Alphard tahun 2004-2007 hanyalah sekitar 410,000 yen (RM 16,300). Honda Integra DC5 dijual dengan harga 185,000 yen (RM 7,300). Honda Odyssey tahun 2005-2009 hadir dengan harga 198,000 yen (RM 7,900).

Cukup sekadar contoh. Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut boleh periksa sendiri di pautan laman sesawang terbabit. Harga yang dipaparkan adalah harga kereta sahaja. Perlu tambah sekitar 20,000-50,000 yen untuk cukai jalan, tiket kitar semula, insurans wajib dan kos tukar nama.

Apakah itu tiket kitar semula?

Tiket ini wajib untuk setiap kereta. Digunakan untuk melupuskan kereta. Tanpa tiket ini, kereta tak boleh dilupuskan di kedai. Harga sekitar 10,000-15,000 yen (RM 400-600). Ya, nak lupus pun masih kena bayar. Bukannya boleh main buang sesuka hati sahaja.

Jom kita buat kiraan dengan gaji. Abu kerja sambilan dengan gaji paling rendah sekitar 850 yen. Bekerja selama 200 jam membolehkan beliau menerima gaji sebanyak 170,000 yen dimaan beliau mampu membeli Honda Odyssey secara tunai. Kalau kerja duabulan boleh beli kereta Alphard tunai!

Kalau di Malaysia, ikatlah sembilan tahun yakni 108 bulan. Beza sekitar 100 kali ganda untuk harga kereta berbanding gaji antara Malaysia dan Jepun. Kalau ikut pada kadar taraf hidup mereka, kereta Honda Odyssey tu hanyalah seperti RM1,000-2,500 sahaja.

Kos bela dan penyelenggaraan kereta di Jepun

155a

Pertama sekali, kita bahagi kepada beberapa bahagian utama dalam kos membela kereta ini iaitu kos parkir,minyak, cukai, insuran, penyelenggaraan dan tol.

1. Parkir
ed62307365ba9ba32e5ee14c4e581a17
Sumber: antonio tajuelo

Saya mulakan dahulu dengan kos parkir. Kos parkir mahal? Benar kah? Jom kita kupaskan. Ya betul, memang mahal dan mampu mencecah 1,500 yen (RM60) untuk sejam.

Kos yang disebutkan kalau parking di luar kawasan rumah. Kalau di rumah sendiri, boleh mencecah 30,000 – 40,0000 yen (RM1,200-1,600) sebulan hanya untuk parking kereta di rumah. 

Walau bagamanapun, izinkan saya share tips mengenai kos parkir buat anda semua. Pertama sekali, harga yang disebutkan hanyalah jika di betul-betul kawasan pusat bandar.

Kalau nak cari parking berbayar ketika di luar, cari yang ada limit price. Contohnya 2,500 yen (RM100) untuk 24jam pertama atau boleh dapat sekitar 1,400 yen (RM55) untuk 24jam. Ini sangat penting ya, pernah terjadi kes orang parking di parking yang tiada limit harga, cecah 20,000 yen (RM800) sehari.

Dalam erti kata lain, kalau nak memandu di sini, hati-hati ya. Mengenai kos parkir di rumah mahal, biasanya bila da mahal macam tu kawasan tersebut mesti dah tahap metropolitan. Dan pastinya ada stesen yang berdekatan dengan jarak bawah 10minit berjalan kaki. Maknanya, tak perlu beli kereta. Pengangkutan awam juga sudah cukup baik.

Jika memang nak sangat pakai, biasanya sewa kereta sahaja. Senang dan tak mahal sangat. Sekitar 4,000-10,000 yen untuk 12jam. Jika di tempat saya yang agak kampung, memang sesuai untuk guna kereta. Sebab tak banyak stesen dan tak cover semua tempat.

Contohnya, kalau dari A nak ke B naik basikal 15minit. Akan tetapi, kalau naik bas dari A kena pergi stesen dan naik bas ke lokasi B yang tak tentu dekat dengan perhentian bas. Tak seperti di bandar besar yang ada banyak line dan cover hampir semua tempat.

Parking di luar kalau di kawasan luar bandar macam mana? Kebanyakannya percuma sahaja melainkan dekat dengan stesen. Parking di rumah? Biasanya dah masuk dalam sewa rumah dah. Ataupun sekitar 2,000-6,000 yen (RM80-240) sebulan.

Jauh beza dengan bandar kan? Kesimpulan tentang parking, orang yang tinggal berdekatan kawasan kampung memang sesuai guna kereta manakala mereka yang tinggal di bandar sesuai gunakan menggunakan pengangkutan awam.

2. Minyak kereta
7d7f73012796257370426533326eeff7
Sumber: Yolo Japan

Harga minyak di Jepun tidak ada subsidi dan bantuan kerajaan dimana harga yang ditawarkan mengikut harga apungan seantero dunia. Menariknya di sini, harga setiap stesen minyak itu berbeza manakala hara bagi servis layan diri adalah lebih murah.

Sepanjang saya di Jepun. Harga minyak banyak berubah mengikut harga dunia.
Berikut adalah harga minyak sepanjang saya di Jepun.

Minyak regular (RON95): 95 – 170 yen (RM 3.50 – 6.50)/liter
Minyak premium (RON97/100): 105 – 180 yen (RM3.80 – 7)/liter

Mahal? Jom bandingkan dengan gaji minimum. Sejam 850 yen. Sejam kerja boleh dapat sehingga 8 liter minyak. Ya, Jepun bukan negara pengeluar minyak ya. Kalau ikut pada taraf hidup mereka pula, ibaratnya seperti RM1-1.80 seliter.

Selain itu anda boleh gunakan kad kredit bagi memohon membuat sebuah alamat seakan smart tag untuk memperoleh potongan harga sekitar 6 yen/liter.

Kesimpulan tentang minyak, sangat murah jika banding dengan taraf hidup mereka. Dengan teknologi kereta mereka yang memang jimat minyak. Jalan jauh tak luak pun rasa. Ayuh kita bincangkan bab cukai pula

3. Cukai
74302520_198775844483547_4112728406246817792_o
Sumber: Facebook Ahmad Sabri

Dalam kos kereta ini, ada dua jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai berat dan cukai jalan. Cukai berat dikenakan 2 tahun sekali bersama puspakom. Cukai ini berbeza mengikut berat kereta.Berikut adalah harga cukai mengikut berat kereta:

・500kg: 8,200 (RM300)
・500kg – 1tan: 16,400 (RM650)
・1tan – 1.5tan: 24,600 (RM950)
・1.5tan – 2tan: 32,800 (RM1300)
・2tan – 2.5tan: 41,000 (RM1600)

Dalam erti kata lain, makin berat kereta anda, makin mahal cukai ini.

Cukai jalan pula dikenakan setahun sekali. Cukai jalan ini dibayar setiap tahun pada bulan 5. Surat bil akan dipos ke rumah dan bayar sendiri. Jika di Malaysia, cukai jalan wajib dipaparkan di cermin kereta. Di Jepun pula tak perlu paparkan di cermin kereta. Hanya perlu bayar di convenient store sahaja. Berikut adalah harga cukai jalan:

・660cc umur 13tahun ke bawah: 7,200 yen (RM280)
・660cc umur 13tahun ke bawah: 11,800 yen (RM450)
・1000cc ke bawah & kereta eletrik: 29,500 yen (RM1150)
・1001-1500cc: 34,500 (RM1350)
・1501-2000cc: 39,500 (RM1550)
・2001-2500cc: 45,000 (RM1800)
・2501-3000cc: 51,000 (RM2030)

4. Insuran
https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_7_9_6_9_2329697-7-eng-GB_20170324_Insurance-fees-reduced-with-telematics
Sumber: Nikkei Asian Review

Insuran perlu dibayar dua tahun sekali bersama puspakom. Jika di malaysia, insuran wajib ini perlu dimohon bersama dengan pembaharuan cukai kereta, di sini pula perlu dimohon bersama dengan pembaharuan pemeriksaan puspakom.

Cukai ini tak cover semua kos-kos accident dan boleh dikatakan tak cover langsung. Kalau di malaysia, boleh dianggap sebagai 3rd party insurance. Harganya adalah sekitar RM1,000 sehingga RM1,030.

Selain itu terdapat juga insurance optional. Ini nota penting ya. Jika di sini, langgar orang dan mati tahu tak kena bayar berapa jika tak ada insuran? 1 bilion yen (~RM 4juta). Minimum ya tuan-tuan dan puan-puan. Bukan maksimum.

Oleh sebab harga yang sangat mahal ini. Boleh dikatakan semua pemandu di sini akan gunakan servis ini. Sekurang-kurangnya jika berlaku kemalangan jiwa, insurans akan tanggung nilai yang berjuta-juta tu.

Akan tetapi, denda dan saman tetap perlu dibayar. Kemalangan jiwa datang bersama saman dan nilai dia sekitar 500,000-1,000,000 yen (RM20,000 – 40,000).

5. Kos menyelenggara kereta di Jepun
74229508_198777034483428_565252979309936640_o
Sumber: Facebook Ahmad Sabri

Setiap kereta selepas dua tahun wajib melepasi pemeriksaan puspakom.
Pemeriksaan puspakom ini lebih ketat berbanding di Malaysia. Getah di drive shaft, brek kereta, kecerahan lampu, angle lampu, kandungan CO2 di asap ekzos dan sebagainya akan dinilai.

Pemeriksaan puspakom yang ketat ini sedikit sebanyak membuatkan kereta sentiasa berada dalam keadaan baik. Waima kereta terpakai sekalipun keadaan sangat baik.

Kos pemeriksaan puspakom ini seperti yang telah disebut tadi. Gabungan kos cukai berat, insurans wajib, processing fee, baik pulih kenderaan (jika ada yang tak lepas puspakom) dan upah kedai (jika ada).Maka anggaran kesemua sekali pemeriksaan ini sekitar 40,000 – 150,000 yen (RM1,600 – 6,000).

Mahal kan? Ya, memang mahal. Sebab itu harga di Jepun murah apabila tempoh pemeriksaan puspakom hampir tamat. Tempoh tamat pemeriksaan puspakom ini memainkan peranan besar kepada harga kereta. Terutamanya kereta lama sebab kemungkinan untuk tak lepas puspakom lebih tinggi dan akan tambah kos baik pulih kenderaan.

Bagi kami pelajar di Jepun, ada kalanya senior bagi percuma sahaja kereta dia dan suruh buat puspakom sendiri. Ada kalanya kereta yang dah tamat tempoh puspakom ini tidak bernilai dan dilupuskan sahaja. Ada kalanya lebih baik lupuskan dan beli kereta lain sebab kos pemeriksaan puspakom lebih tinggi.

Benarkah kereta umur 5 tahun ke atas akan kena lupus? Jawapannya, ini hanyalah mitos legenda yang sentiasa disebar di seluruh rakyat Malaysia. Tidak benar sama sekali.

Mungkin ada kadar cukai akan tinggi sedikit daripada kereta yang lebih baru, namun tiada kuat kuasa yang membuat kan ianya perlu dilupuskan. Kereta umur 20 atau 30 tahun ada je atas jalan.

Kita bincang pula mengenai kos membaiki kereta. Umum tahu gaji disini sangat tinggi makanya harga apa-apa servis yang menggunakan tenaga mahir manusia pun akan tinggi juga la. Dalam erti kata lain, kos upah dikira berapa lama anggaran digunakan untuk membuat kerja terbabit.

Biasanya kos sekitar 6,000 – 9,000yen (RM 240 – 360)/jam. Contohnya untuk menukar drive shaft masa yang diperlukan adalah 2.5jam. Kos keseluruhannya akan menjadi 7500 yen x 2.5 + harga part kereta yang baru dan original (10,000-20,000 yen) = 18,750 yen + 15,000 yen = 33,750 yen (RM1350). Hal ini secara tidak langsung membuatkan saya juga belajar serba sedikit cara membaiki kereta sendiri.

Jujur kata memang lebih murah banyak dari Malaysia. Bab kereta memang Jepun menang dari Malaysia. Lebih murah. Kos bela kereta pun masih tak rabak poket sangat. Keseluruhannya memang sangat baik. Tapi ingat, hanya bab kereta sahaja.

Ingatlah, grass always look greener on the other side. Malaysia better in a lot of aspect. Semoga perkongsian ini membantu dan memberi banyak manfaat kepada orang ramai.

6. Kos tol
etc-toll-1024×467
Sumber: Taking Flights

Ayuh kita bincangkan pula kos tol di Jepun. Untuk pengetahuan semua, kadar kutipan tol di Jepun adalah antara yang termahal di dunia.

Kadar nilaian:
Kadar asas = 150 yen (RM6)
Untuk jalan biasa = sekitar 25 yen/km (RM 1/km)
Untuk terowong = sekitar 40 yen/km (RM1.60/km)

Ini menunjukkan kadar tol lebih mahal dari kos minyak ye kawan-kawan. Contohnya, dari tokyo ke fuji sekitar 100km. Kos tol sekitar kadar lantai (150 yen) + jarak 100km (2,500 yen) dimana kesemuanya sekitar 2,650 yen(RM 106)

Mahal bukan? Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa jenis diskaun seperti diskaun jarak jauh yang ditawarkan dengan rebat 25% untuk jarak 100-200km dan 30% untuk 200km ke atas.

Selain itu, terdapat juga bayaran seakan smart tag yang dipanggil Electronic Toll Collector (ETC). Pembayaran dibuat melalui kad kredit. Menariknya di sini, dengan membuat pembayaran melalui sistem ETC, anda boleh mendapat lebih banyak diskaun. Penggunaan pada waktu malam juga turut disediakan diskaun.

Rasanya Kerajaan Malaysia pun boleh aplikasikan taktik ini di malaysia.
Saya pasti rakyat akan lebih gembira, ekonomi akan lebih rancak. Tiada kesesakan di highway lagi. Semua terus link ke kad kredit. Tak perlu topup. Tak perlu beratur panjang. Tak perlu keluar dari kereta pergi topup dan sebagainya.

Selesai berbincang mengenai kereta, kami kongsikan kepada dua cara anda boleh cuba jika mahu bekerja di Jepun. Turut dikongsikan hotel di Jepun yang menawarkan bilik serendah RM4.95 sahaja untuk satu malam.

Ini 2 Cara Yang Anda Boleh Cuba Jika Mahu Bekerja Di Jepun Secara Sah

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju