Pertama sekali, jika anda buat keputusan untuk berhijrah ke Jepun adalah cari kerja. Cari kerja dari Malaysia, sudah dapat kerja baru datang Jepun. Bukan datang Jepun guna tourist visa dan cari kerja. Itu adalah ‘illegal’ dan kalian boleh kena ‘blacklist’ jika tertangkap.

Setelah anda sudah mendapat pekerjaan di Jepun, ini adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

1. Penyediaan dokumen undang-undang dan permohonan visa

Ada sesetengah syarikat uruskan semua legal documents, tapi menerusi pengalaman saya sendiri, kami yang kena uruskan sendiri dokumen ini. Perlu ulang-alik kedutaan Jepun di Kuala Lumpur untuk dapatkan COE dan tukar ke visa status ‘working visa’, ‘spouse visa’ untuk pasangan dan ‘dependent visa’ untuk anak, jika ada.

20190514-Reuters-Japan-workers

Gambar hiasan. Sumber: Reuters

Sebaiknya urusan visa ini dilakukan di Malaysia. Jika dilakukan selepas sampai ke Jepun, sedikit bayaran dikenakan ¥3000 (RM100) untuk setiap permohonan.

2. Duit yang diperlukan

Selepas visa selesai, duit sangat diperlukan. Bagi anda yang bermula dari kosong seperti saya, pada permulaan ketika berhijrah saya mempunyai sekurang-kurangnya RM20,000.

Duit ini diperlukan untuk deposit rumah, penjamin rumah, deposit utiliti iaitu api, air dan gas, barang keperluan rumah seperti tilam, pinggan mangkuk, dan barang dapur. Selain itu, duit diperlukan untuk duit belanja dan pengangkutan selama sebulan sebelum dapat gaji. Duit untuk pendaftaran telefon bimbit dan lain-lain juga. Akan tetapi, duit ini tidak termasuk kapal terbang ke Jepun.

tumblr_inline_pjpx4pJ4Jm1udzufg_1280

Gambar hiasan. Sumber: ktellusstory’s tumblr

Kalau semua sudah selesai dilakukan, tahniah! Kalian sudah bersedia untuk ke Jepun. Sampai sahaja di Jepun, perkara penting kena buat:

  1. Daftar telefon bimbit kerana ianya amat penting untuk urusan lain-lain.
  2. Cari rumah kerana sementara cari rumah, anda perlu tidur di hotel.

Sudah dapat rumah, perlu uruskan hal rumah pula seperti daftar masuk utiliti dan sebagainya. Jika ada anak, perlu uruskan pendaftaran anak untuk masuk sekolah atau tadika. Anak wajib bersekolah jika umur sudah 7 tahun. Boleh terus ke Pejabat Daerah untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sekolah dan sebagainya.

Anda berminat untuk mohon pekerjaan secara sah di Jepun? Klik pautan di bawah untuk ketahui 2 tip mohon pekerjaan di Jepun.

Ini 2 Cara Yang Anda Boleh Cuba Jika Mahu Bekerja Di Jepun Secara Sah

Ini Kad Dengan Tukaran Wang Asing Terbaik Yang Anda Perlu Ada Sekiranya Ke Jepun

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

Artikel di atas disumbangkan oleh Zunita Ramli. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang kini menetap di Jepun. Beliau juga sangat sukakan kehidupan serta budaya di sana.. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka