Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak minggu lalu lagi pihak PLUS telah mewar-warkan kepada pengguna jalan raya agar mula beralih kepada penggunaan Tag Touch ‘n Go RFID kerana semua plaza tol mula menyokong pengunaan RFID secara berperingkat bermula 15 Januari baru-baru ini.

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan keadaan trafik di tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan RFID di plaza tol berkenaan.

Menurut ahli Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official], kawasan tol tersebut sememangnya sudah lama mengalami kesesakan trafik sejak dahulu lagi. Namun sejak pelaksanaan lorong RFID baru-baru ini, pengguna jalan raya terpaksa menempuh kesesakan trafik dengan lebih lama berbanding sebelum ini.

Difahamkan rakaman video itu dibuat pada pukul 7 pagi ketika orang ramai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Pengguna jalan raya itu mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol di kawasan tersebut.

Antara komen-komen yang dikongsikan oleh ahli Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official], ada mendakwa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas itu selama satu jam walaupun sudah keluar dari rumah pada awal pagi lagi.

Sumber Gambar: Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official]

Sumber Gambar: Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official]

Sumber Gambar: Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official]

Sumber Gambar: Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official]

Sumber Gambar: Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official]

Memetik laporan Kosmo, kesesakan lalu lintas ini turut berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik sesak kira-kira 10 kilometer menghala ke arah bandar Kuala Lumpur.

Ketika artikel ini ditulis, rata-rata ramai orang sedang meluahkan rasa kurang berpuas hati melalui media sosial mengenai penambahan lorong RFID dan pengurangan lorong SmartTAG di plaza tol sekitar kawasan lebuh raya.

Orang ramai mendakwa pengembangan pengunaan kaedah pembayaran tol baharu itu menyebabkan mereka terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas jauh lebih lama jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Baru-baru ini PLUS didakwa sedang menguji kaedah pembayaran tol menggunakan kad debit dan kad kredit. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Proses Tambah Nilai Kad Jauh Lebih Mudah, Netizen Mahu Touch ‘n Go Tiru Seperti Indonesia

 

Anda Mungkin Suka