Kalau travel, penginapan semua orang mahu jimat. Aku pahamlah. Lebih lagi datang UK atau Eropah. Duit ringgit sudah tenat, buat apa nak bayar mahal. Takat tidur, mandi berak saja. Mana yang boleh, kita nak bayar sikit. Kalau boleh free. Tapi agak-agaklah.

Sepanjang buat homestay di UK, aku rasa patut share sikit macam mana host sini yang berbeza dengan budaya Asia (kalau sebut Malaysia nanti kau merajuk).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kenalkan diri

cara-sewa-airbnb-1

Namanya homestay. Home tu kan rumah. Jangan expect macam hotel atau hostel. Standard lain.Tapi ramai yang masuk homestay, tapi expect service macam hotel.

Tak tahan, bayar murah, tapi service mahu 5 bintang. Eh! Homestay tiada bell boi lah suruh angkat beg kau!

Mestilah berbahasa sikit. Orang putih yang datang Tidola Home hampir 99% sebelum datang akan beritahu siapa diri dia, tujuan datang dan berapa orang. Bukan susah pun. Berbasa basi.

Ye lah. Total stranger kot. Memanglah begtu. Bertaaruf lebih kurang. Kalau host rasa selesa kita terima, kalau tetamu yang mahu datang macam kurang ajar, baik nyahkan sahaja.

2. Baca review

cara-sewa-airbnb-2

Kena rajin baca review sikit apa orang kata tentang tempat tu. Keadaan rumah, service dia. Tengok rating dia berapa.

Bila baca, baru tahu keadaan sebenar orang yang pernah duduk situ. Kadang gambar saja cantik dalam review, bila sampai sana, macam rumah hantu.

3. Jangan cerewet

Resam datang rumah orang, kita tak komplen sofa dia warna pink, langsir kusam atau muka tuan rumah tak rata.

Benda tu subjektif kot. What you see, what you get. Ada katil, bersih dan cukup seperti yang dijanjikan. Basic. Lainlah kalau dia cakap ada 4 katil, tapi rupanya ada 2 sahaja. Kalau wifi slow pun nak buat macam mana. Bukan dia boleh tolong kau kasi laju pun.

Kalau host cakap dia simpan anjing, kena terimalah. Mungkin boleh beritahu kau elergi pada anjing. So pandailah host simpan. Kalau susah sangat, cari homestay lain.

4. Baca manual

Tiap rumah ada manual. Baca. Basic kot. Check in check out pukul berapa. Dan setahu aku mat salleh paling meluat kalau guest datang ikut suka hati dia. Ini bukan hotel bang yang ada reception 24 jam.

Kalau datang awal/lewat, beritahu. Kadang tuan rumah mahu tidur, mereput tunggu tetamu datang pukul 10 malam. Orang pun ada life juga.

cara-sewa-airbnb-4

5. Host yang baik, akan beri basic travel guide.

Maklumat password wifi, dimana kedai makan, laundry, cara dapat teksi, stesen bas atau train. Sampaikan macam mana mahu guna dapur pun mesti dia akan bantu. Tanya saja.

6. Pandai bawa diri

Kita orang makan kari alagappa babas bagai. Bau melekat satu rumah. Jadi bila kau masak, bukalah ventilation. Atau buka sikit tingkap. Kasi angin.

Kalau dia bahan tulis free to use dalam almari, boleh je pakai. Biasanya memang untuk diguna. Dan kalau kau ada lebihan bahan yang tidak dibawa balik, kau tinggalkan. Contohnya garam dan gula.

7. Jaga kebersihan

Lepas guna dapur, basuh. Keringkan dan susun balik pinggan, sudu, periuk. Pantang tinggalkan tidak berbasuh. Sampah kau buang siap. Senang cerita, tinggalkan rumah sama macam mana kau datang.

Adalah perangai kita suka combine katil. Lepas combine, kasi kasi susun balik.

Satu lagi amalan kita guna bilik air basah. Tidak salah pun, tapi mungkin langsir kau tidak tarik ketika mandi. Cebok tu, air janganlah bersepah. Kalau basah, ada floor towel lap lah sikit.

cara-sewa-airbnb-6

8. Jangan sebat barang hos macam di hotel

Host yang baik selalunya akan bagi welcome gift. Buah ke coklat ke. Tapi ramai juga aku tengok bawa balik semua. Bukan setakat welcome gift, gula paket, kopi, teh semua sebat masuk beg.

Tersuka buat perangai macam hotel. Ada sikat ke, shampu, sabun pun semua. Hotel mungkin boleh buat, tapi homestay inikan rumah orang. Yang bawa tuala pun ada. Haishh.

9. Pakai apa yang kau perlu sahaja

Kalau datang 5 orang pakailah 5 tuala. Selalunya tuala keenam orang kita buat jadi lap meja atau lap bilik air. Huhu..

Kalau ada 5 katil, tapi kau cuma perlu 4, tidak perlulah pakai satu lagi. Janganlah tukar katil walau tiada siapa mahu halang atau larang.

Kalau kau cakap datang 2 orang, jangan kau datang berlima. Siap bawa sleeping bag. Orang putih kata orang Asia ini ‘miser’, kedekut, tahi hidung masin. Malulah. Sudahlah datang lebih, pandai pula minta towel extra.

cara-sewa-airbnb-5

10. Ikut masa check out yang ditetapkan oleh host

Kalau host kata check out pukul 11.00, keluarlah lebih kurang masa tu. Jangan 11am baru kau baru mahu mandi, sterika baju atau baru nak sarapan.

Host mahu buat housekeeping lepas kau check out. Tukar cadar, vakum, bersihkan rumah. Next guest masuk pukul 2 atau 3, kasilah mereka masa yang cukup. Common sense.

11. Tinggalkan review

cara-sewa-airbnb-7

Dalam review boleh bagi markah pada host. Kebersihan, komunikasi, value dan sebagainya.

Kita kadang malas sebab rasa komen itu tidak real. Tapi pengalaman aku, semua yang memberi komen dan review itu adalah tetamu. Bukan robot atau tipu-tipu.

Kalau ada guestbook pun best juga. Kau rajinlah tulis sikit. Host pun sangat alu-alu. Orang putih ini selamba, kalau mahu kutuk, silakan saja. Lantaklah, tidak mati pun.

Kalau servis host selalu dapat 3 star ke bawah, Airbnb sendiri akan suspend akaun host. Jaga kualiti. Homestay aku di Vista London hampir delisted. Sebab guest komplen. Haha. Padan muka aku!

Jangan lupa host pun boleh bagi rating pada tetamu. Kalau kau punya kedekut, pengotor atau serabut, jangan haraplah rating kau baik. Host lain mesti lari.

Memanglah Eropah bukan semuanya baik, tapi kita cakap mana yang baik. Lain tempat lainlah caranya. Kan orang Asia lebih santun dan menurut ajaran agama.

Kalau homestay kita di Malaysia, sewa satu rumah duduk ramai-ramai sampai pecah. Sebab kau bayar, maka boleh buat apa kau suka?

Begitulah. Lama aku tak membebel macam ni. Ketap bibir kekuat.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Host Airbnb tahun ketiga
Glasgow, Scotland