Menyanyikan dan menyampaikan lagu Dato Siti Nurhaliza bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya jika anda seorang lelaki. Bagaimanapun, anda mungkin akan berubah fikiran selepas mendengar nyanyian lelaki dari Sabah ini.

Nyanyian beliau mendendangkan lagu terbaru daripada Tok Ti, Akulah Bidadari Syurgamu di media sosial baru-baru ini dengan suara kepit yang kedengaran mirip seperti nyanyian penyanyi asal itu berjaya memukau netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CD7ZuBCHwuy/

Walaupun tampil dengan penampilan penuh maskulin dan bermisai namun siapa sangka nyanyian oleh Adzman Munat di atas pentas itu tidak ubah seperti seorang wanita.

Menurut Mstar, nyanyian oleh lelaki tersebut adalah suara sebenar beliau dan bukannya miming atau menggerakkan seperti yang mungkin dianggap sesetengah pihak.

24 23 22 21

Memang suara sendiri

“Itu memang suara saya tapi saya guna suara kepit.

“Kalau nyanyi lagu Siti Nurhaliza dari drama itu (7 Hari Mencintaiku) memang kena buat suara dari dalam sebab kalau nak suara ‘jantan’ kena tukar key,” jelasnya.

Persembahan tular itu sebelum ini dilakukan di sebuah kedai makan yang terletak di Semporna, Sabah.

Walaupun nyanyiannya yang tular itu menggunakan ‘suara kepit, namun beliau menjelaskan pernah sahaja menggunakan suara sebenar ketika menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza sebelum ini.

Baca juga perkongsian daripada Tok Ti mengenai maksud di sebalik lagu 7 Nasihat yang dikeluarkan tahun ini di pautan di bawah. 

Dato’ Siti Nurhaliza Dedahkan Maksud Di Sebalik Lagu 7 Nasihat Di Instagram

Mengapa Jam Tangan Richard Mille ‘Milik’ Siti Nurhaliza Ini Cecah Harga Ratusan Ribu Ringgit

Tidak Sampai 24 Jam Dilancarkan, Dato’ Siti Nurhaliza Kecewa Karya Barunya Tertiris Di YouTube

Sumber