Nampaknya perlumbaan bagi Menara Tertinggi Malaysia tidak berakhir dengan menara PNB 118. Menurut laman The Edge Property, menara yang dikenali sebagai ‘Tower M’ bakal dibina menjelang 2030.

Difahamkan menara Tower M ini bakal dibina dengan ketinggian 700 meter sekaligus menjadikan menara lebih tinggi berbanding Menara Exchange 106 dan Menara PNB 118 yang mula dibina dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan, Menara Tower M bakal dibina bersebelahan stesen MRT Timur KLCC yang merupakan sebahagian daripada projek MRT2. KLCC (Holdings) Sdn Bhd pula dipilih sebagai pihak bertanggungjawab membangunkan menara ini yang memuatkan 145 tingkat.

Sekiranya pembinaan Menara Tower M siap dibina sekitar tahun 2030, Menara Tower M bakal menjadi Menara Tertinggi Malaysia manakala KLCC kekal sebagai Menara Berkembar Tertinggi Malaysia dimana kedua-duanya merupakan perancangan daripada Tun Mahathir.

Sumber