Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Teknologi dan kehebatan Tesla dalam penggunaan kenderaan elektrik tidak dapat disangkal lagi. Namun, bulan lalu telah dilaporkan sebuah kereta elektrik Tesla Model S dilaporkan meletup di China.

Kini sebuah lagi kenderaan model yang sama turut dilaporkan terbakar di sebuah tapak pakir di Hong Kong. Menurut laporan media tempatan, Tesla Model S tersebut meletup dan terbakar setelah setengah jam diletakkan di tempat letak kereta. Kejadian yang berlaku Ahad lalu menyebabkan anggota bomba terpaksa mengambil masa 45 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut.

smolder 2

Menurut laporan Reuters, rakaman CCTV kawasan letak kenderaan tersebut menunjukkan terdapat 3 letupan dikesan yang ketika kejadian tersebut terjadi. Sehingga kini Tesla belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berikutan dengan kes ini.

Anda Mungkin Suka