Sesiapa yang naik ke Genting Highlands pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merakam gambar dan video suasana sekitarnya yang sejuk sdan menyamankan. Namun jika tidak bernasib baik, gajet yang dipegang boleh terjatuh ke dalam gaung dan tidak dapat dijumpai lagi.

Baru-baru ini seorang lelaki, Fazrul Nizam yang berkerjaya sebagai seorang tree worker climber berkongsi video di TikTok @treeyoman bagaimana beliau membuat misi Search & Rescue sebuah iPhone 13 Mini yang sudah terjatuh ke dalam gaung di Genting Highlands selama satu bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awal video berkenaan beliau telah bertemu dengan pemilik iPhone untuk menjejak lokasi terakhir di mana telefon tersebut terjatuh. Setelah itu beliau menyiapkan kelengkapan keselamatan sebelum turun ke kawasan bergaung untuk memulakan operasi pencarian.

@treeyomen

Search & Resue Iphone 13 Mini Jatuh Gaung Genting Highland #treeyoman #treecaresafety #moveintrees search&rescue #fyp #iphone13mini

♬ Little One – Cromok

Walaupun kawasan carian itu penuh dengan semak-samun, namun beliau berjaya menemui iPhone itu tiga meter dari lokasi terakhir telefon itu dijejak. Telefon itu ditemui terselit pada sekeping material plastik putih di kawasan berumput.

Apa yang menarik perhatian, iPhone yang sudah satu bulan ‘tinggal’ di kawasan bergaung itu tidak pecah dan masih boleh berfungsi dengan baik selepas dicas semula.

iPhone itu terjatuh ketika pemiliknya sedang merakam timelapse, bagaimanapun telefon itu terbalik ke belakang dan terus jatuh masuk ke dalam gaung.

Sumber Gambar: TikTok @treeyoman
Sumber Gambar: TikTok @treeyoman

Rata-rata orang ramai yang menonton video berkenaan memuji keberanian dan kecekalan Fazrul dalam membantu pemilik iPhone untuk mendapatkan telefonnya semula yang terjatuh di kawasan mustahil untuk turun.

Pada masa sama netizen turut menyatakan mereka telah menyimpan contact number Fazrul bagi memudahkan mereka menghubungi beliau andaikata pada satu hari nanti mereka memerlukan bantuan bagi ‘misi mencari dan menyelamat’.

Sumber Gambar: TikTok @treeyoman
Sumber Gambar: TikTok @treeyoman
Sumber Gambar: TikTok @treeyoman
Sumber Gambar: TikTok @treeyoman

Tree worker climber merupakan satu kerjaya profesional yang mana seseorang individu perlu ‘bertugas’ di tempat-tempat tinggi seperti memanjat pokok bagi kerja-kerja untuk memotong dahan, menyembur racun perosak dan membuat rawatan penyakit pokok.

Bagaimanapun, skil profesional itu kini telah berkembang di mana perkhidmatan tersebut diperlukan bagi operasi mencari dan menyelamat haiwan dan dron yang tersangkut di tempat tinggi atau terjatuh di kawasan yang curam.