Malaysia mempunyai beberapa perkara yang memang orang luar pun tahu only made in Malaysia. Ini antara perkara yang negara lain tidak boleh sesuka hati hendak claim jadi hak milik mereka.

1. Jenama minyak terkemuka, PETRONAS

OB Petronas 1

Anda tahu yang PETRONAS sudah 45 tahun bersama rakyat Malaysia? Pernah terfikir bagaimana PETRONAS ditubuhkan? Jawapannya terletak pada bahu 15 anak-anak muda (dengan hanya 2 line telefon!) berimpian untuk mengendalikan anugerah bumi negara sendiri.

Hasilnya, PETRONAS hari ni menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan negara. Kalau pergi luar negara, dapat lihat jenama PETRONAS pun sudah bangga dibuatnya.

2. Menara Berkembar PETRONAS (KLCC)

OB Petronas 2

Menara berkembar tertinggi di dunia ni sudah jadi ikon untuk Malaysia. Kalau anda perhati memang ramai pelancong akan ambil gambar dengan pemandangan Menara Berkembar PETRONAS ini. Jangan cakap pelancong, penduduk Malaysia pun suka!

Kalau melancong ke luar negara, orang luar pasti tanya anda datang dari mana. Mereka pasti akan tahu kalau anda mention Menara Berkembar PETRONAS. Bangunan berkembar setinggi 88 tingkat ini ada seni binanya yang unik dan tersendiri yang menjadikannya sangat dikenali di serata dunia.

3. Kepakaran dalam bidang cari gali minyak

OB Petronas 3

Dulu, tiada siapa sangka Malaysia mampu menguruskan hasil buminya sendiri. Tetapi lihatlah sekarang, Malaysia merupakan antara negara yang melahirkan pekerja berkemahiran dalam bidang minyak dan cari gali serta sering menjadi rebutan majikan dalam dan luar negara.

Dengan itu, PETRONAS ambil langkah menubuhkan Institusi Teknologi Petroleum (INSTEP) yang bertaraf dunia bagi melahirkan anak tempatan yang berkemahiran dan bidang minyak dan gas asli.

4. Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS

OB Petronas 4

Dulu kita cuma lihat Formula 1 tetapi tidak pernah sangka nama produk dari Malaysia boleh berada di podium utama. Tetapi, selepas lebih 2 dekad melalui liku pengalaman, PETRONAS berjaya membuktikan tiada yang yang mustahil kalau kita bertekad untuk capai kejayaan.

Buktinya, Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS berjaya menawan podium Formula 1 untuk 5 tahun berturut-turut (2014-2018) dan merupakan pasukan kedua dengan kejayaan ini.

Melalui Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS, Malaysia berjaya mengasah kepakaran untuk memberi rakyat Malaysia minyak dan pelincir yang terbukti efisien!

Bersama Merentas Zaman Sempena Ulang Tahun Ke-45 PETRONAS

OB Petronas 5

Jadi, sempena 45 tahun bersama rakyat Malaysia, PETRONAS mahu bersama-sama merentas zaman bersama anda!

Trak Merentas Masa (Time Travel Truck)

OB Petronas 6

Teringin mahu lihat sendiri perjalanan 45 tahun PETRONAS bersama rakyat Malaysia? Jangan lepaskan peluang anda mengejar sendiri trak merentas masa yang akan menjelajah ke 10 negeri seluruh Malaysia.

Anda boleh rasai sendiri pengalaman merentas masa melalui skrin mini di dalam trak merentas masa. Selain tu, anda boleh bermain permainan menarik bersama seisi keluarga.

Anda juga boleh kumpulkan 9 pin enamel eksklusif daripada PETRONAS melalui pengembaraan dengan trak merentas masa ini. Comel semuanya pin yang boleh dikumpul nanti.

Tarikh: 1 Ogos-14 September 2019 (anda boleh check tarikh dan lokasi kat sini)

OB Petronas 7

Konsert Bersama Merentas Zaman

ob 8

Konsert mega yang bakal menampilkan 45 artis paling top di Malaysia seperti Ella, Jacklyn Victor, Datuk M. Nasir, Search, Faizal Tahir, Alleycats serta ramai lagi, akan buat anda terbuai-buai melayan perasaan. Bukan senang nak himpunkan artis terkenal Malaysia dalam satu masa tahu.

Tarikh: 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Tempat: Plaza KLCC
Masa: 6.00 PM-12.00 AM

Masuk adalah PERCUMA! Kalau anda tidak berkempatan untuk pergi, anda boleh tonton melalui Facebook PETRONAS.

Tree of Tales

OB Petronas 9

Tree of Tales merupakan paparan digital dengan reka bentuk unik bagi memberikan anda pengalaman baru merasai sendiri dan mempelajari sumbangan PETRONAS selama 45 tahun kepada negara.

Tree of Tales
Tarikh: 17 – 23 Ogos 2019
Lokasi: Suria KLCC Concourse
Masa: 10am – 10pm

Tree of Tales (Sabah & Sarawak)
Tarikh: 14 – 15 September 2019
Masa: 10 AM – 10 PM

Kalau anda hendak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti Bersama Merentas Zaman sempena ulang tahun ke-45 tahun PETRONAS, boleh terus ke laman web rasmi PETRONAS. Kat situ ada semua maklumat pasal lokasi trak merentas masa dan juga aktiviti yang PETRONAS sediakan untuk semua rakyat Malaysia!