Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Disebabkan bahasa merupakan medium yang tidak statik dan sentiasa berubah-rubah mengikut perkembangan semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku pihak berautoriti dalam penyelarasan bahasa Melayu baru-baru ini telah mengumumkan satu lagi istilah moden yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Jika sebelum ini Dewan Bahasa dan Pustaka memilih swafoto sebagai pengganti istilah selfie di dalam Bahasa Melayu, kali ini perkataan ‘tunafoto’ pula dipilih untuk merujuk kepada istilah photobomb di Bahasa Melayu. Mungkin ramai yang keliru dengan penggunaan perkataan ‘tuna’ dalam isitilah Melayu, yang merujuk kepada ikan tuna di dalam Bahasa Inggeris, namun sebenarnya di dalam Bahasa Melayu ia membawa erti yang lain.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, tuna juga boleh membawa maksud cedera, kecacatan atau pecah. Oleh itu, penggunaan perkataan tunafoto untuk merujuk istilah photobomb di dalam Bahasa Melayu adalah sesuai. Secara rasmi, istilah photobomb di dalam Bahasa Melayu kini disebut sebagai tunafoto bermaksud: gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.

1

Gambar: Twitter @DBPMalaysia

Buat pengetahuan anda, Kamus Oxford pernah memilih photobomb sebgai ‘word of the year’ pada tahun 2014. Dan di bawah ini antara istilah moden lain yang popular bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menurut Dewan Bahasa dan Pustaka:

2

Gambar: Twitter @DBPMalaysia

3

Gambar: Twitter @DBPMalaysia

4

Gambar: Twitter @DBPMalaysia

BACA JUGA: Bahasa Jiwa Bangsa Tapi Apa Yang Saya Lihat Adalah Sebaliknya Bagi Bahasa Melayu

Anda Mungkin Suka