Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ini berita baik buat peminat durian kerana Secret Recipe telah memperkenalkan kek berperisa durian serba baharu.

Menariknya, kek ini hadir dengan dua pilihan iaitu ‘Durian Fromage’ dan ‘Absolute Durian’. Malah, harga bagi sepotong kek tersebut adalah RM11.80 sahaja.

Bagi anda yang ingin menikmati kek tersebut, anda boleh dapatkannya di Secret Recipe berdekatan anda bermula semalam. Malangnya, kek ini hanya tersedia di cawangan Secret Recipe Semenanjung Malaysia sahaja.

Anda Mungkin Suka