Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ini berita baik buat anda yang gemar menikmati kek, Secret Recipe bakal tawar promosi beli 2 potong kek dan percuma 1 potong kek. Tawaran ini pastinya dinanti-nantikan oleh pelanggan setia Secret Recipe.

Akan tetapi, adalah diingatkan bahawa promosi ini sah untuk makan di restoran atau bawa pulang sahaja. Promosi ini tidak sah untuk menu square cakes, brownies dan chocolate lava cakes tetapi hanya sah untuk menu regular dan premium kek sahaja. Kek percuma haruslah sama harga atau lebih murah daripada harga kek yang dibeli.

Promosi ini akan berlangsung selama sehari sahaja iaitu pada 25 Mac 2019 ini bermula dari jam 12 tengahari hingga 5 petang. Promosi ini tersedia di semua outlet Secret Recipe kecuali di Sabah, Subang Skypark, KTIA, PPUM dan Medini Mall. Jangan lupa dapatkan kek kegemaran anda.

Anda Mungkin Suka