Nampaknya Secret Recipe juga tidak mahu ketinggalan untuk menyertai ‘demam’ boba yang melanda sebahagian rakyat Malaysia. Secret Recipe tampil dengan siri minuman boba yang pastinya mampu bersaing dengan jenama lain yang sedang hangat di pasaran sekarang.

Secret Recipes perkenalkan 8 siri minuman boba iaitu Boba Milk Tea, Boba Caramel Milk Tea, Boba Brown Sugar Milk Tea, Boba Brown Sugar With Milk, Boba Cham, Boba Kopi-C, Boba Midnight Blue dan Boba Signature Fruit Tea. Pastinya kepelbagaian siri boba yang diperkenalkan amat menarik dan anda yang merupakan penggemar minuman boba perlu merasa ia.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

photo_2019-06-24_22-21-52

Harga yang ditawarkan untuk siri minuman ini bermula dari RM6.50 sahaja. Akan tetapi, siri minuman boba ini hanya tersedia di 39 cawangan Secret Recipes sahaja iaitu di Balakong, Bandar Baru Ampang, Dengkil, Jenjarom, Kapar dan banyak lagi lokasi lain. Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan yang menyediakan siri minuman boba ini, anda boleh merujuk di sini.

Anda Mungkin Suka