Tahun ini genap 25 tahun rangkaian kafe gaya hidup tempatan yang terkemuka dan terbesar di Malaysia, Secret Recipe. Bagi meraikan ‘ulang tahun perak’ itu, Secret Recipe mengadakan sambutan di cawangan CITTA Mall, salah satu hab makanan dan hiburan yang menjadi tumpuan di sekitar Petaling Jaya.

Antara yang hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Patrick Sim, Pengarah Pembangunan Perniagaan; Evelyn Lee, Ketua Pemasaran; Rodzi Ahmad, Ketua Operasi, serta duta jenama yang baru dilantik, aktress popular Mira Filzah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Hari ini menandakan satu hari terpenting dalam perjalanan kami di Secret Recipe. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, kami telah berkembang selama bertahun-tahun untuk menjadi terkenal, kini dengan lebih daripada 440 cawangan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Maldives dan Bangladesh.

“Kami terus berusaha mengekalkan legasi kami dalam mencipta pengalaman makan yang hebat pada harga yang berpatutan untuk pelanggan kami. Kami berharap dapat mencapai lebih banyak pencapaian bersama pada masa hadapan,” kata Sim.

Dengan lebih 7.3 juta pengikut di platform media sosialnya, pelakon, hos, model dan usahawan terkenal, Mira pula tidak sabar untuk meraikan dan mencipta lebih banyak detik yang tidak dapat dilupakan bersama jenama tempatan itu.

“Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk dipilih sebagai duta jenama baharu Secret Recipe. Rangkaian kafe ini telah menjadi sebahagian daripada banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya, dan saya teruja untuk menjadikannya sebahagian daripada banyak lagi kenangan yang akan datang,” kata Mira.

Sebagai sebahagian daripada promosi ulang tahun perak ini, Secret Recipe memberikan hadiah bernilai RM2,500,000 dalam Cabutan Bertuah Besar kepada peserta yang menyertai peraduan ‘Secret Recipe Spin & Win’.

Terbuka kepada semua ahli Secret Recipe Rewards yang berdaftar dengan perbelanjaan minimum RM30, peserta berpeluang memenangi hadiah dengan setiap putaran.

Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi dalam Grand Lucky Draw ini seperti Proton X50, Samsung Galaxy S22+, TV UHD Android Sharp 60” dan banyak lagi hadiah menarik.

Tempoh peraduan adalah dari 1 September hingga 31 Oktober 2022 dan pemenang hadiah utama akan diumumkan pada November 2022.

Baca lagi artikel berkaitan Secret Recipe yang pernah The Vocket kongsikan sebelum ini melalui pautan-pautan di bawah.

Lelaki ‘Viral’ Beli Burger Sempena Hari Jadi Isteri Terima Kejutan Daripada Secret Recipe

10 Kek Secret Recipe Anda Wajib Cuba Saranan Staf Mereka