Sekiranya anda merupakan gamer PC tegar, pastinya anda cukup dengan tahu dengan jenama Secretlab. Sebuah jenama yang menawarkan kerusi gaming yang berkualiti dan premium khusus buat para gamer untuk menikmati game dalam tempoh yang lama dengan selesa.

Terbaru, siapa sangka hanya dengan menawarkan kerusi gaming, syarikat ini berjaya menerima pelaburan besar dariapda Temasek Heliconia dengan jumlah pelaburan sekitar S$200 juta (RM603.25 juta) hingga S$300 juta (RM904.88 juta).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
secretlab-omega-softweave-gaming-chair-100781417-large
Sumber: Secretlab

Pelaburan yang dikenakan ini sekaligus meletakkan syarikat Secretlab bersama jenama Razer dan ONE Championship yang turut menerima dana pelaburan daripada Heliconia.

Mengulas mengenai pelaburan yang diterima, Secretlab bercadang untuk menggunakan dana tersebut bagi menawarkan model yang lebih baik buat para pengguna disamping mengkaji faktor kerusi yang sesuai digunakan gamer dalam tempoh yang panjang.

Untuk pengetahuan, syarikat ini mula ditubuhkan pada 2014 hasil gabungan tenaga Ian Ang dan Alaric Choo. Bermula dengan startup tanpa mendapat pelaburan daripada mana-mana pihak, dua individu ini mula menggunakan simpanan sendiri serta pinjaman bank untuk menjayakan syarikat ini.

secretlab_2020
Sumber: wccftech

Semuanya seakan berubah apabila pada 13 Ogos lalu, Temasek Heliconia berminat untuk melabur dengan jumlah yang besar sekaligus mempunyai saham dalam syarikat ini.

Setakat ini, Secretlab sudahpun menjual sebanyak 200,000 kerusi gaming dan sudahpun bersedia menawarkan model terbaru sempena kelauran 2020. Jenama ini juga turut dipilih sebagai kerusi gaming gaming bagi pertandingan Riot’s League of Legends dan Valve Dota 2 The International.

Sumber