Tahniah buat Apple atas pelancaran iPhone 7. Dikatakan telefon terbaru daripada Apple ini berjaya sold out melalui sesi pre-order dalam jangka masa 10 minit sahaja di Hong Kong. Seperti yang dijangkakan, warna Jet Black merupakan model paling laris dijual.

cr6-nojwaaaf0dt

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, tahukah anda dalam menghasilkan Apple iPhone sejumlah besar kobalt diperlukan. Apa yang lebih menyedihkan, buruh-buruh yang dikerah untuk mendapatkan kobalt ini terdiri daripada kanak-kanak. Dikatakan mereka ini dikerah seawal umur 7 tahun.

Selain Apple, Samsung dan Tesla antara syarikat besar yang terlibat dengan penggunaan kobalt pada produk-produk keluaran mereka. Bukanlah salah syarikat ini untuk menggunakan kobalt pada dasarnya, namun perlaksanaan majikan yang menghalalkan ‘child labour’ ini harus diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

our-smartphones-contain-cobalt-mined-by-children

Berdasarkan laporan daripada CNN Money, dikatakan kanak-kanak ini dikerah untuk bekerja selama 24 jam dan dibayar dengan kadar upah $1 USD atau $2 USD bergantung kepada kadar usaha. Sangat menyedihkan untuk dibandingkan dengan kanak-kanak lain pada linkungan umur yang sama di Malaysia.

Jika ‘sebutir beras ibarat setitik peluh petani’ mungkin penggunaan produk-produk Apple dan Samsung selepas ini bakal buatkan anda lebih menghargai jasa kanak-kanak ini.

Sumber