Masih berminat untuk membeli kasut Bata model Hotshot yang dipakai oleh Kurt Cobain? Jangan risau kerana kasut ini akan dijual di butik Bata Malaysia Sabtu ini!

Bata mengeluarkan kembali model Hotshot yang pernah popular satu ketika dahulu menerusi edisi Bata Heritage. Disebabkan ianya di bawah edisi Heritage, harganya juga lebih mahal berbanding kasut Bata biasa yang ada di pasaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Bata Hasilkan Kembali Model Kasut Yang Pernah Dipakai Kurt Cobain

Buat masa ini, ianya hanya akan dijual dalam kuantiti terhad hanya di butik Bata Midvalley Megamall dan jualan secara atas talian juga tiada buat masa ini. Andai anda tidak mahu bayar lebih pada reseller, bolehlah ke Midvalley Megamall Sabtu ini.

Ianya akan dijual pada harga RM299 sepasang. Kasut ini akan dijual atas dasar first come first served. Harap-harap tiada insiden bergaduh yang berlaku di depan butik Bata Sabtu ini.