Sudah 10 hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana dengan sambutan Raya anda? Adakah tetap meriah walaupun sambutan berbeza pada tahun ini berikutan penularan wabak pandemik COVID-19?

Pastinya ada daripada anda yang sudah mula bekerja dan masih ada juga yang ‘work from home’. Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda resipi makaroni keju bakar oleh pengguna Facebook Najihah Zakaria yang mudah dan sedap untuk anda cuba di rumah.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Barulah anda tidak pening kepala ingin masak apa untuk keluarga, bukan? Jika anda sudah bersedia, ayuh kita ikuti resipi beliau.

101570977_10216507914830674_3528092681911664640_o

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sepeket makaroni, sebiji bawang holland, 3 biji bawang putih, halia dicincang kiub, daging atau ayam cincang, 2 tin sos prego tradisional (merah), susu segar, cheese slice, 2 sudu butter, sesudu tepung gandum, cheddar cheese atau mozarella cheese (untuk topping) dan 2 biji telur.

Cara-cara penyediaan makaroni:

1. Rebus makaroni bersama minyak zaitun sesudu dan garam sikit.

2. Angkat dan tos.

Cara-cara membuat sos merah:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.

2. Masukkan daging atau ayam cincang separuh saja.

3. Masukkan 2 tin sos prego.

4. Perasakan dengan 2 sudu garam dan gula.

5. Boleh tambah air dalam setengah cawan untuk bagi kuah banyak tapi jangan letak banyak sangat nanti lembik pula. (Optional)

100591943_10216507905430439_3675709264766173184_o

Cara-cara membuat sos putih:

1. Panaskan butter dengan api yang perlahan.

2. Masukkan sesudu tepung gandum.

3. Masukkan susu segar setengah cawan.

4. Sudah gelegak masukkan cheese slice 2  hingga 3 keping.

5. Tutup api.

Posted by Najihah Zakaria on Monday, 1 June 2020

Cara-cara membuat makaroni keju bakar:

Makaroni yang direbus tadi digaul bersama telur 2 biji untuk melekatkan sos putih dan sos merah bersama. Kemudian, letaklah keju untuk topping. Akhir sekali bakar selama 30 minit suhu 180c dan siap.

101669556_10216507904390413_5654850389699198976_o

Mudahnya nak buat makaroni keju bakar ini. Anda pun boleh buat untuk makan bersama keluarga. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Inginkan resipi menarik dan sedap? Kami kongsikan beberapa resipi untuk anda pada pautan di bawah ini. 

Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Lebih 7K ‘Shares’, Ini Resipi Chicken Perattal Yang Sedap Dan Ringkas Untuk Anda Cuba Di Rumah

Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen

Anda Mungkin Suka