Baru-baru ini tular di media sosial sebuah perkongsian pengguna Facebook dimana menemukan kalimah Allah pada ground mat untuk perkhemahan yang dibelinya di Decathlon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat jelas kalimah Allah pada tikar yang dibelinya. Malah, pembeli tersebut telah memaklumkan kepada pihak Decathlon berhubung perkara tersebut dan berasa kecewa melihat perkara itu boleh terjadi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat kalimah Allah pada ground mat tersebut. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan isu ini perlu dipandang serius dan laporan kepada pihak berkuasa perlu dilakukan.

Malah, ada juga pembeli tikar tersebut yang telah meneliti barangan dibeli mereka dan mendapati terdapat kalimah Allah. Lantaran itu, ada juga netizen yang membuat aduan kepada pihak Decathlon dan difahamkan pihak Decathlon akan menyiasat isu tersebut serta pemulangan tikar itu boleh dilakukan.

Tahukah anda bahawa sebelum ini netizen mendapati produk footprint car stickers mengandungi kalimah Allah? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

MR. DIY Tarik Balik Jualan Pelekat Bentuk Tapak Kaki Di Semua Cawangan

YouTuber Diburu Polis Selepas Curi Masuk Sunway Lagoon Dan Muat Naik Video Di YouTube