Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular di media sosial sejak awal pagi 9 Ogos apabila penyanyi dan selebriti Siti Sarah dimaklumkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi. Pengumuman tersebut telah dimaklumkan oleh suaminya Shuib.

Berita pemergian Siti Sarah bukan sahaja memberi kesan besar kepada ahli keluarga Shuib malah turut membuatkan seluruh negara berduka atas pemergian wanita hebat ini di mana satu per satu berita kebaikan mengenai arwah Siti Sarah yang dikongsikan oleh orang ramai.

Terbaharu, tular sebuah video Dato Sri Siti Nurhaliza yang sedang menjalani rakaman acara virtual di mana pihak penganjur telah memilih lagu Aku Bidadari Syurgamu.

Dimaklumkan Dato Sri Siti Nurhaliza pada sebelum rakaman turut meluahkan rasa bimbang tidak dapat membawa lagu tersebut dan ternyata berlaku apabila beliau dalam rakaman tersebut sekadar mampu menyanyikan dua baris lagu tersebut kerana sedih mengenangkan pemergian Siti Sarah.

Difahamkan pihak pengajur yang memahami situasi yang berlaku akur untuk menukar kepada lagu lain dalam memudahkan Dato Sri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tersebut pada acara virtual tersebut. Berikut merupakan respon netizen mengenai video terbaru Dato Sri Siti Nurhaliza ini.

Screen Shot 2021-08-10 at 11.46.33 AM

Sumber: facebook gegar

Menerusi tinjauan di media sosial, pemergian Siti Sarah nyata memberi kesan besar bukan sahaja buat keluarga Shuib malah kepada rakan artis dan para netizen yang lain.

Tular pada hari ini apabila seorang YouTuber dikecam selepas sanggup melakukan konten melawat kubur arwah Siti Sarah di YouTube dalam usaha mengejar view.

Tidak Sensitif Buat Konten, Tindakan YouTuber Mahu Kejar ‘Views’ Dikecam Netizen

Dua Bulan Sebelum Meninggal Dunia, Nadir Al-Nuri Dedah Amalan Yang Dilakukan Siti Sarah

Anda Mungkin Suka