‘Otai’ skateboarder negara, Pa’din Musa sebentar tadi berkongsi kesedihan motosikal kesayangannya, sebuah Honda EX5 telah dicuri ketika beliau sedang makan tengah hari di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut Pa’din, motosikal berkenaan mungkin hanya EX5 biasa tetapi baginya, ia penuh dengan memori yang tidak dapat dilupakan walaupun Pa’din mempunyai beberapa lagi model motosikal hebat dalam simpanan.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Dukacita dimaklumkan, EX5 aku telah hilang dicuri lebih kurang jam 1.50pm hingga 2.45pm di Jalan Seri Serdang, Kepala…

Posted by Pa'din Musa on Friday, 5 June 2020

Walaupun baru diumum sekitar 1 jam yang lalu, ramai yang bersimpati dan pantas membantu bagi mencari motosikal berkenaan. Disebabkan PKPB yang masih lagi berlangsung, motosikal berkenaan semestinya masih lagi berlegar di sekitar Kepala Batas dan daerah lain di Pulau Pinang.

Motosikal EX5 Pa’din Musa ini pernah muncul dalam dokumentari 150CC Skate Tour oleh Abah & Sons di mana mereka berkonvoi lebih 500km dari Kepala Batas ke Terengganu. Siapa yang mempunyai motosikal Honda EX5 ini pasti tahu perit kehilangan motosikal legend ini. Semoga ditemukan kembali Pa’din dengan motosikal kesayangannya.

Ini pula kisah berkenaan kasut Pa’din Musa yang anda boleh baca. Klik pada pautan di bawah.

Kasut Vans Tikar Mengkuang Edisi Khas Pa’din Musa Terjual Dengan Harga RM4,902

‘Sold Out’ Hari Pertama, Kasut Vans x Pa’din Musa Dijual Kembali 3 Kali Ganda Harga Asal

Pa’din Musa Kecewa Adik Fatin Syahirah Dibuli Netizen

Anda Mungkin Suka