Sebelum ini, jadi bualan ramai apabila tular tindakan beberapa staf stadium menggunakan penyodok dan juga kadbod untuk keluarkan air yang bertakung dari padang ketika perlawanan Malaysia menentang Bahrain.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @arfa_adam telah berkongsi sebuah video memaparkan fasiliti di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ‘menyedihkan’. Mana tidaknya, dapat dilihat air bertakung di kawasan luar dan dalam tandas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@arfa_adam

sedihhh..dah la kalah..kena hadap air kumbahan plak. #ultrasmalaya #malaysia #bahrine #snbj #fyp #fypage #indonesia #bangladesh #turkmenistan #afc

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Perkara ini menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung kerana tidak seharusnya isu ini terjadi. Para pengunjung terpaksa untuk melalui jalan yang dinaiki air untuk ke tandas.

Perkongsian tersebut telah menjadi bualan orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan keadaan fasiliti di Stadium Nasional Bukit Jalil yang sangat memalukan.

Malah, para netizen berpendapat tidak seharusnya kejadian tersebut terjadi dan segelintir netizen mengatakan ia mungkin terjadi apabila penyelenggaraan tidak dilakukan sebaiknya.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang mengatakan bahawa tiada lampu di beberapa tempat di stadium. Hal ini cukup mengecewakan para pengunjung kerana stadium yang dianggap bertaraf antarabangsa itu ‘gagal’ dalam memastikan fasiliti stadium dalam keadaan baik.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT Miliknya, Tindakan Warga Emas Maki Wanita Ini Bikin Netizen Bengang

‘Nasib Baik Ada Kawan’ – Pemuda OKU Hampir Jatuh Selepas Laluan Ke PBAKL Dihalang Gerai Di Kaki Lima