Penduduk ibu kota Indonesia, Jakarta telah berkumpul di luar McDonald’s Sarinah bagi menyaksikan penutupan gerai makanan segera tersebut, semalam.

Di dalam Instagram @Mcdonaldsid turut menyiarkan detik-detik penutupan  McDonald yang terletak di pusat membeli-belah Sarinah, Thamrin, Jakarta Pusat. Video itu turut menunjukkan pengurusan McDonald’s Sarinah memberikan cenderahati kepada salah satu pelanggan terakhir mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, mereka juga secara simbolik mengunci pintu masuk gerai, sebagai tanda berakhirnya operasi restoran, untuk selamanya.

“Pada masa ini kita telah sampai ke penghujung McDonald’s Sarinah Thamrin. Tempat kebanggaan bagi kita semua, di mana kenangan dikumpulkan bersama. Tetapi sayangnya kita harus pergi,” kata seorang wakil pengurusan McDonald’s, Sarinah, pada saat upacara penutupan premis tersebut.

Sejumlah pengunjung dilihat memeriahkan kawasan di luar gerai untuk menyaksikan sendiri penutupan restoran yang telah beroperasi hampir 30 tahun.

Walaupun, wilayah Ibu Kota menerapkan sekatan sosial berskala besar (PSBB) untuk memutuskan rangkaian penghantaran Covid-19. Pengunjung tetap hadir untuk bersorak sambil mengucapkan selamat tinggal pada penutupan restoran McDonald’s pertama di Indonesia.

“Sampai jumpa lagi, semangat untuk pasukan (McDonald’s) Sarinah,” kata para pengunjung dan disambut dengan tepukan.

Dilaporkan bahawa McDonald’s mula beroperasi buat pertama kali di Indonesia pada 22 Februari 1991 di bangunan Pusat Beli-belah Sarinah, Thamrin, Jakarta Pusat.

Pengarah Komunikasi Pemasaran, Digital dan CBI McDonald’s Indonesia Michael Hartono menjelaskan bahawa penutupan premis ini dilakukan atas permintaan pihak pengurusan bangunan Sarinah.

Menurutnya, pihak pengurusan Sarinah akan melakukan perubahan pada strategi perniagaan dan pengubahsuaian bangunan pusat beli belah tersebut yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya Indonesia.

“McDonald’s secara rasmi akan menutup restoran di Sarinah Thamrin secara kekal pada hari Ahad, 10 Mei 2020 jam 22.05,” kata Michael dalam satu kenyataan bertulis.

Untuk bacaan lanjut berita mengenai McDonalds, klik pautan di bawah.

Burger King Tokyo Tinggalkan Mesej ‘Kejam’ Sempena Penutupan McDonalds

McDonald’s Japan Beri Mainan Tomica Toyota Supra GR Untuk Setiap Pembelian Happy Meal

McDonald Di China Mohon Maaf Kerana Larang Orang Kulit Hitam Masuk Ke Dalam Restoran

Sumber