Raya tahun ini memang berbeza betul. Bukan setakat tak boleh balik kampung, nak beraya ke rumah saudara yang terdekat pun tak boleh. Siapa tak sedih kan? Mood raya pun jadi hilang bila semua benda tak boleh buat.

Tapi, jangan risau. Ini antara 5 idea dan cara untuk kembalikan mood raya anda tahun ini.

1. Deco rumah dengan elemen raya

Bagi meningkatkan mood raya anda, apa kata anda hias rumah anda dengan sedikit elemen raya, contohnya pasang lampu pelita atau gantung ketupat hiasan. Baru lah sedap mata memandang.

gphi-jiran-lampu-raya

Walaupun tak dapat beraya di kampung tahun ini, tak menjadi masalah. Anda sendiri boleh cipta vibes raya tu!

2. Shopping baju raya online

Bila dah sebulan berpuasa ni, mesti anda nak raikan kemenangan dengan menyambut Syawal. Jadi, salah satu caranya adalah dengan berhias dan tampil berseri dipagi raya.

Tapi nak keluar beli baju raya tak boleh? Jangan risau, beli secara atas talian. Tapi jangan membazir beli sampai 3 atau 4 pasang pulak. Satu pun dah memadai.

IMG-6887-scaled

Dengan itu, baru dapat naikkan semula suasana hari raya seperti mana kebiasaan sebelum ini. Anda juga dapat lupakan rasa sedih sebab tak dapat beraya bersama keluarga.

3. Masak juadah raya

Selalu kalau balik beraya, mesti banyak juadah raya yang menarik dari keluarga anda yang akan dimasakkan?

683261

Tahun ini, walaupun berhari raya seorang diri bukan bermaksud kita patut bersedih, sebaliknya cuba raikan semeriah mungkin termasuklah menyediakan beberapa menu wajib setiap kali Aidilfitri. Tak tahu macam mana nak masak, telefon mak ayah anda di kampung untuk tanya resepi.

4. Kirim duit raya pun online je!

Biasanya kalau raya, mesti ada saudara-mara yang jauh datang berkunjung raya ke rumah anda. Jadi, kanak-kanak dari saudara-mara jauh ini mesti teruja nak dapat duit raya. Tahun ini macam mana pula nak bagi duit raya?

Screen-Shot-2021-05-10-at-7.33.24-AM

Jangan risau, teknologi dah canggih sekarang. Walapun tak dapat jumpa, anda boleh  bagi duit raya melalui transaksi atas talian. Mesti mereka pun seronok.

5. Sapa jiran tetangga

Kita mungkin tidak digalakkan untuk menziarahi keluarga dan rakan terdekat hari raya ini, tapi apa salahnya kalau anda menyapa jiran tetangga dan mengucapkan selamat hari raya walaupun sekejap kan?

Untitled-design-80

Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri, anda juga tak berasa rasa sunyi dan sedih sangat terkenangkan orang yang jauh tu.

Buat sesuatu yang dapat gembirakan hati anda macam iklan raya ni. Itu semua antara perkara yang anda boleh buat bila tibanya Syawal. Jangan sedih. Kembalikan semula mood raya anda dengan membuat sesuatu yang menggembirakan hati anda dan orang yang berada dekat dengan anda.

Macam iklan raya Petronas ni. Web filem animasi berdurasi 5 minit 24 saat ini menampilkan mesej yang sungguh menyayat hati. Walaupun perasaan sedih tak dapat balik kampung untuk beraya, anda masih ada jiran-jiran dan sahabat untuk meraikan.

Mereka pun sama juga macam kita tak boleh balik raya, jadi apa kata raikan Aidilfitri ini sesama mereka. Bila kita saling membantu dan memberi, kemeriahan itu akan lagi terasa.

Yang penting, anda kena sentiasa bersyukur dan menyemarakkan lagi semangat kejiranan dan keharmonian. Tak kisah lah di desa atau bandar, raya tetap raya.