Citroen bekerjasama dengan syarikat Boarding Ring untuk menghasilkan cermin mata khas, Seetroen yang boleh membantu mereka yang sering mengalami masalah mabuk ketika naik kenderaan (motion sickness) yang dikenali ssebagai Kinetosis.

Hampir lebih 30 juta manusia di dunia ini yang mengalami masalah tersebut dimana ketika menaiki kenderaan, individu ini akan berasa tidak selesa, pening dan ingin muntah.

pexels-photo-888899
HYPE
Huawei Kongsi 3 Idea Temu Janji Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives
Baca lagi →

Walaupun cermin mata khas tersebut tidak memiliki reka bentuk yang menarik, akan tetapi fungsinya yang akan menjadikan cermin mata khas ini berbaloi untuk dibeli. Cermin mata tersebut mempunyai empat gelung iaitu didepan seperti kanta biasa dan dua lagi pada bahagian tepi. Gelung dibahagian tepi cermin mata ini pula tidak memiliki kanta.

Dalam gelung ini pula terdapat bendalir berwarna biru dan ia boleh bergerak mengikut garis mendatar yang seimbang. Hanya dalam masa 10-12 minit, pengguna akan dapat mengatasi masalah mabuk kenderaan. Setelah berasa selesa, pengguna boleh menanggalkan cermin mata tersebut .Cermin mata tersebut sudah mula dijual pada harga €99(~RM526).

Anda Mungkin Suka