Bagi generasi yang membesar sebelum era Playstation, bergembiralah kerana syarikat pembuat permainan video terkenal SEGA akan mengeluarkan kembali permainan-permainan vintaj terkenal mereka untuk pelantar Android dan iPhone! Terubat kerinduan nak main permainan video zaman katrij.

Permainan kegemaran anda seperti Sonic, Altered Beast, Comix Zone dan Phantasy Star II sudah boleh dimuat turun. Menariknya SEGA akan melancarkan tajuk-tajuk permainan video mereka setiap dua minggu. Sempatlah untuk khatam setiap permainan video sebelum muat turun yang baharu.

Setiap permainan adalah percuma dan anda boleh bayar USD1.99 untuk versi tanpa iklan. Versi moden yang ada pada permainan video ini adalah sistem cloud saves, Bluetooth controller dan online leaderboards. Boleh bersaing dengan orang dari seluruh dunia tengok markah siapa yang lebih tinggi. Macam kita selalu main di arked tu.

Untuk info lanjut bolehlah ke laman rasmi SEGA di sini. Terima kasih SEGA!