SEGA dan pegeluar model plastik terkemuka Kotobukiya telah bekerjasama untuk menghasilkan model mecha plastik bersaiz besar bersempena permainan video Border Break yang akan dikeluarkan di PS4.

Model plastik bersaiz besar akan dihasilkan menggunakan bahan dari Stryol Resin untuk dicantumkan satu sama lain. Menurut Kotobukiya ia akan menjadi model patung plastik terbesar dalam sejarah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Permainan video Border Break ini merupakan permainan video untuk versi arked yang dikeluarkan pada 2009. Untuk versi PS4 permainan ini telah dikemaskini dan ia didatangkan dengan fungsi 10 vs 10. Model plastik ini akan dipamerkan di stesen Tokyo Metro Marunouchi Line Shinjuku pada 8 Julai ini.