Bersedia atau tidak itulah hakikatnya. Facebook telah membina sebuah AI atau lebih dikenali dengan ‘Artificial intelligence’ untuk scan dan memahami mesej yang anda tulis di Facebook untuk kegunaan mereka.

Tidak dinafikan, agak menyeramkan memandangkan AI ini mampu membaca dan memahami segala mesej yang disampaikan pengguna meskipun di dalam chat namun itulah pelan terbaru daripada Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gty_facebook_newsfeed_mm_160202_12x5_1600

AI yang dinamakan sebagai Deeptext, merupakan sebuah program dimana mampu memahami lebih daripada 20 bahasa serta mudah adaptasi dengan bahasa yang digunakan manusia. Dalam erti kata lain, AI ini bakal digunakan untuk menjawab pertanyaan pengguna dengan jawapan yang mirip seperti seolah-olah seorang manusia menjawab pertanyaan anda. Contoh termudah adalah Apple Siri.

Mungkin sedikit sebanyak bakal memberi kelebihan buat para pengguna di masa akan datang namun terdapat sesuatu yang misteri tentang AI terbaru daripada Facebook ini. Jika sebelum ini Facebook sekadar berjaya untuk mengetahui minat anda melalui status dan page yang anda berminat, kini Facebook mahu selangkah lebih daripada itu. Masih menjadi tanda tanya apakah tujuan Facebook sehinggakan memerlukan data daripada private message pengguna.

fb-ai

Adakah anda rasakan AI terbaru daripada Facebook ini lebih memudahkan pengguna atau memudaratkan pengguna? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Oh ya, jika anda rasakan AI ini sangat bahaya dan tidak lagi mahu menggunakan aplikasi Messenger sebaliknya menggunakan Whatsapp, ketahuilah mereka berada di bawah syarikat yang sama. Boom!

Sumber