Sekiranya anda pernah menggunakan laman media sosial Myspace pastinya anda cukup ingat dengan salah satu features popular di laman  ini yang membenarkan muzik dimainkan sebaik sahaja anda memasuki profail seseorang.

Penawaran muzik ini bukan sahaja merancakkan lagi pengalaman menggunakan Myspace malah secara tidak langsung berjaya memaparkan karakter dan minat seseorang terhadap muzik. Tidak kurang juga mereka yang menyertakan lagu daripada My Chemical Romance untuk memaparkan sisi gaya emo mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

my-music-on-myspace

Malangnya, data Myspace music baru-baru ini telahpun terkubur dimana sebanyak 50 juta lagu telahpun terpadam. Difahamkan lagu-lagu yang dimuat naik pada tahun 2003 sehingga 2015 antara terpadam berikutan projek pemindahan server yang dijalankan. Lebih parah, sejumlah besar gambar dan video yang dimuat naik pengguna yang berusia tiga tahun atau lebih antara yang turut terpadam.

Sememangnya fungsi muzik di Myspace ini berjaya menyimpan 1001 memori buat mereka yang pernah menggunakannya. Untuk pengetahuan, Myspace Music antara yang menjadi wadah kepada band serta penyanyi underground di Malaysia bertapak dimana Hujan, Meet Uncle Hussain serta Yuna mula menempa nama melalui platform yang nostalgia ini.