Setahun menanti, nampaknya Apple pada tahun ini sekali meneruskan trend pada tahun-tahun lalu dengan memperkenalkan tiga model Apple iPhone. Seperti yang diumumkan melalui ura-ura sebelum ini, rekaan yang ditampilkan adalah sama seperti diperlihatkan sebelum ini.

Menerusi model keluaran pada tahun ini, Apple telah membuat sedikit perubahan pada namanya yang terdiri daripada iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model iPhone 11 dilancarkan sekaligus menggantikan iPhone XR manakala iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max disasarkan buat mereka yang mahukan lebih kuasa dan prestasi pada sesebuah iPhone.

Spesifikasi

iPhone11

Dari segi spesifikasi, kesemua model ini dilengkapi dengan processor Apple A13 Bionic yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding model sebelum ini. Apple juga turut mengatakan processor terbaru ini merupakan processor terbaik pernah dihasilkan buat telefon pintar.

Mengulas mengenai paparan, iPhone 11 masih lagi mengekalkan penggunaan paparan LCD 6.1-inci manakala iPhone 11 Pro menggunakan paparan OLED yang dilengkapi dengan skrin 5.8-inci manakala iPhone 11 Pro Max hadir dengan saiz skrin 6.5-inci. Menariknya, Apple turut menambah fungsi Super Retina XDR yang menjanjikan kualiti gambar yang lebih menarik berbanding model sebelum ini.

Sebanyak enam warna ditawarkan buat iPhone 11 manakala diperkenalkan buat iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max. Warna yang paling menarik perhatian ramai sudah pastinya warna midnight green yang tersedia buat iPhone 11 dan iPhone 11 Pro Max.

Apple pada kali ini turut memberi penekanan pada bahagian bateri dimana iPhone 11 Pro menjanjikan ketahanan bateri 4 jam lebih lama berbanding iPhone XS manakala iPhone 11 Pro Max pula menawarkan ketahanan 5 bateri jam lebih lama berbanding iPhone XS Max.

Kamera

663018-iphone-11

Seperti yang dapat anda lihat melalui rekaan belakang ketiga-tiga model ini. Apple iPhone 11 hadir dengan dua kamera manakala iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max dilengkapi dengan tiga kamera utama.

Dua kamera pada Apple iPhone 11 hadir dengan sensor 12+12 Megapixel f/1.8+f/2.4 dimana para pengguna berpeluang mendapatkan gambar sudut lebar. Selain itu, para pengguna berpeluang melaras zoom untuk setiap gambar dan video yang diambil.

Buat pertama kalinya Apple telah memperkenalkan sokongan night mode yang membolehkan anda mendapatkan gambar yang baik dalam pencahayaan yang gelap. Penawaran 4K 60FPS untuk kamera hadapan antara yang membuatkan iPhone ini berkuasa dimana Apple mengesahkan iPhone kini memiliki kualiti video terbaik dalam semua telefon pintar.

dims (1)
Sumber: engadget

Pada iPhone 11 Pro dan Pro Max pula, Apple telah menyertakan tiga lensa yang terdiri daripada lensa lebar, ultra lebar serta telephoto. Apple turut memperkenalkan teknologi terbaru yang menjanjikan gambar yang diambil diproses dengan lebih baik dalam mendapatkan imej terbaik.

Harga

APTOPIX Apple Event

Sebaik sahaja pelancaran tiga model terbaru, Apple Malaysia dengan pantas mengemaskini harga bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max pada laman web rasmi mereka.

Apple iPhone 11 mula ditawarkan dengan harga bermula daripada RM3,399. Apple iPhone 11 Pro mula dijual dengan harga RM4,899 dan Apple iPhone 11 Pro Max pula dengan harga RM5,299. Kesemua harga disebutkan adalah bagi storan 64GB.

Tiga model terbaru daripada Apple ini sedia ditawarkan di rangkaian kedai rasmi Apple Malaysia bermula 27 September ini. Sebuah tarikh yang agak pantas daripada jangkaan ramai memandangkan model-model sebelum ini diperkenalkan sebulan selepas pelancaran. Anda boleh klik disini untuk maklumat lanjut harga iPhone.

https://www.youtube.com/watch?v=cVEemOmHw9Y

Menarik bukan model terbaru daripada Apple? Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel mengenai Apple. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Apple iOS 13 Bakal Ditawarkan Buat Pengguna Bermula 20 September Ini

Kenali Steve Wozniak, Pengasas Bersama Serta Pencipta Terawal Produk Apple

Apple AirPods Generasi Terbaru Sudah Mula Ditawarkan Dengan Harga RM629