Setahun berlalu dan Xiaomi pada hari ini telah melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 8. Turut dilancarkan bersama di dalam acara ini adalah Xiaomi Mi 8 Explorer Edition, Mi 8 SE serta Mi Band 3.

Pada kali ini, jelas Xiaomi tidak mengecewakan peminat berdasarkan spesifikasi serta fungsi terbaru yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan juga boleh tahana menarik. Berikut merupakan apa yang dibawakan Xiaomi Mi 8 yang berpotensi menjadi flagship killer pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Spesifikasi

DeguNBFW0AAoFKR

Seperti model-model sebelum ini, Xiaomi sememangnya mementingkan spesifikasi yang berbaloi khusus buat para pengguna. Pada model Mi 8, model ini dilengkapkan dengan processor Snapdragon 845 beserta RAM 6 GB.

Menariknya Xiaomi pada kali ini tidak lagi menggunakan paparan FHD sebaliknya beralih kepada paparan OLED daripada Samsung. Skrin 6.21-inci bezelless display antara yang ditawarkan buat model ini.

Kamera

gsmarena_010

Xiaomi nampaknya turut memfokuskan bahagian kamera pada model flagship terbaru mereka pada kali ini. Dilengkapi dua kamera vertical seakan iPhone X, model ini dilengkapi dengan dua kamera 12-megapixel beserta dua aperture berbeza iaitu f/1.8+f/2.4.

Kamera bahagian hadapan Xiaomi Mi8 pula disertakan dengan lensa 20-megapixel. Menariknya, Xiaomi Mi 8 turut dilengkapkan dengan sistem pengimbas wajah seakan Face ID bagi membolehkan pengguna unlock smartphone mereka dengan mudah. Xiaomi juga turut memperkenalkan ‘Mimoji’, fungsi seakan Animoji khas daripada Xiaomi.

Model ini ternyata berjaya menawarkan apa yang diinginkan pengguna selepas berjaya menerima 99 markah menerusi ujian DxOMark. Markah yang diterima ini sekaligus meletakkan Xiaomi Mi 8 setanding Samsung Galaxy S9+ serta lebih tinggi berbanding iPhone X. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Xiaomi Mi 8.

Chaillot_XiaomiMI8_DxOMark_05-00-e1527607043472

Cafet_XiaomiMi8_DxOMark_05-00

BridgeHDR_XiaomiMI8_DxOMark_05-00

Building3_XiaomiMI8_DxOMark_05-00-e1527676567162

HelloStill_XiaomiMi8_DxOMark_05-00

Harga

C9qiqDTisd3QiQNhvzPAQn-970-80

Harga yang diumumkan buat Xiaomi Mi 8 bagi pasaran China adalah 2,699 yuan (~RM1678.26). Sekiranya harga yang diumumkan buat pasaran Malaysia sedikit tinggi namun masih dibawah RM2,000 kami berpendapat Xiaomi mungkin berjaya mendapatkan jumlah pembeli yang ramai.

Mana tidaknya, penawaran spesifikasi yang berbaloi serta kamera yang mantap antara yang dimahukan pengguna. Tidak dilupakan juga harga yang diumumkan seakan hampir sama dengan smartphone mid-range yang berada di pasaran ketika ini. Adakah anda salah seorang yang berpotensi mendapatkan Xiaomi Mi 8?