Sempena musim panas, Starbucks Malaysia kini perkenalkan 4 minuman baru yang pastinya akan membawa ‘vibes’ musim panas dan melegakan dahaga. Malah, minuman baru ini akan buat anda berasa seperti berada di pantai menikmati minuman menyegarkan.

Seleksi minuman tersebut adalah Starbucks Macadamia White Chocolate Latte, Starbucks Seaside Macadamia White Chocolate Frappuccino, Starbucks Mango on the Beach Frappuccino dan Starbucks Strawberry Mango Jelly Starbucks M:LK Cream Oolong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keempat-empat minuman tersebut telah dilancarkan secara rasmi semalam dan boleh dikatakan segelintir penggemar minuman jenama Starbucks telah mencubanya.

Kami juga telah mencuba keempat-empat minuman tersebut dan secara personal, kami menyukai Starbucks Seaside Macadamia White Chocolate Frappuccino. Bagi minuman Starbucks Seaside Macadamia White Chocolate Frappuccino, anda dapat rasai kemanisan buah beri biru ‘ngam’ dengan rasa coklat putih macadamia.

Untuk mereka yang gemar rasa menyegarkan, kami cadangkan untuk anda cuba Starbucks Strawberry Mango Jelly Starbucks M:LK Cream Oolong. Lebih menarik, setiap minuman akan diletakkan coklat putih berbentuk payung yang menyerikan lagi minuman anda.

Selain daripada seleksi minuman baharu, Starbucks Malaysia juga memperkenalkan dua menu baharu iaitu Starbucks Gula Melaka Lava dan Starbucks Apam Balik Cake.

Limpahan gula melaka yang tidak kedekut untuk Starbucks Gula Melaka Lava pasti akan membuatkan penggemar gula melaka tersenyum apabila menikmati hidangan tersebut.

Nikmati suasana percutian terbaik dengan seleksi minuman baharu ini dengan harga bermula dari RM19 dan Starbucks Gula Melaka Lava serta Starbucks Apam Balik Cake yang harganya bermula dari RM10. Tunggu apa lagi?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Patut Duduk Rumah’- Netizen Kecam Wanita Hamil Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000

Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak Rakan, Penceramah Bebas Kini Ditahan Polis