Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kontinjen Malaysia telah menunjukkan persembahan dan semangat kesukanan yang luar biasa di temasya sukan dwitahunan Asia Tengara, Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang bermula sejak 12 Mei lalu.

Baru-baru ini, pesilat Malaysia, Siti Shazwana Ajak telah dipuji netizen selepas tudung pesilat Indonesia, Selly Andriani tertanggal semasa mereka berdua beraksi di dalam gelanggang.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →
@_alice_harun_shim

Pesilat Malaysia 🟦 (Shazwana) tolong cover rambut pesilat Indonesia 🟥 (Selly Andriani) disebabkan tudung Selly tertanggal. 👏🏻 👏🏻 👏🏻 #seagamesvietnam #pencaksilatindonesia

♬ original sound – ✝️_Alice_Harun_✝️ – ✝️_Alice_Harun_✝️

Kejadian tersebut berlaku selepas Siti Shazwana (berwarna biru) menahan beberapa sepakan daripada Selly Andriani (berwarna merah), Siti Shazwana segera menjatuhkan pesilat Indonesia itu.

Semasa Selly Andriani jatuh, tudungnya secara tiba-tiba tertanggal. Apabila Siti Shazwana perasan kejadian itu terlaku, dia segera mencapai tudung dan menutup kepala pesilat Indonesia dengan tubuhnya sendiri.

Perkongsian video menerusi TikTok @_alice_harun_shim telah mendapat perhatian warganet yang memuji semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh Siti Shazwana itu dengan segera cover pesaing untuknya memakai semula tudung yang tertanggal.

Sumber Gambar: TikTok @_alice_harun_shim

Sumber Gambar: TikTok @_alice_harun_shim

Sumber Gambar: TikTok @_alice_harun_shim

Orang ramai juga memuji Alice kerana mengaburkan bahagian tudung tertanggal dalam rakaman video tersebut.

Untuk maklum semua, Alice Harun merupakan bekas kapten skuad sepak takraw wanita negara. Dalam satu komen yang ditulisnya, dia segera menutup rakaman setelah insiden itu berlaku.

Begitu juga dengan rakannya yang sedang mengulas perlawanan tersebut, dia segera mengalihkan pandangan dan menutup matanya.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak terlibat kerana bukan sahaja menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, bahkan mengangkat martabat agama Islam menerusi sukan.

Atlet paralimpik Greece telah dipuji netizen selepas dia segera membantu Latif Romly yang kesakitan semasa beraksi di Stadium Olimpik Tokyo.

Warganet Puji ‘Sportmanship’ Ditunjukkan Atlet Paralimpik Greece Kepada Latif Romly

‘Boleh Kami Dapat Dua Pingat Emas?’- Netizen Terharu Atlet Lompat Tinggi Sanggup Kongsi Kemenangan

Menangi Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dihadiahkan Tiket Kapal Terbang Dan Petrol Percuma Seumur Hidup