Pada bulan April lalu, sebanyak 20,399 buah kenderaan Perodua telah didaftarkan dengan 4,624 buah kenderaan tersebut merupakan model SUV baru Perodua Ativa.

Permintaan model Perodua Ativa kekal tinggi dengan purata tempahan sehari sebanyak 290 tempahan yang menjadikan jumlah pendaftaran Ativa sejak hari pelancaran pada bulan Mac lalu mencecah hampir 9,000 buah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-perodua-ativa-tempoh-menunggu-1
Sumber Gambar: Berita Harian

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan.

“Tempoh menunggu Ativa kini dari dua hingga empat bulan, bergantung kepada warna dan varian yang diingini.

“Kami menasihatkan para pelanggan kami yang dihargai untuk bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai tempoh menunggu bagi pelbagai kombinasi varian-warna Ativa,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan dibuat.

vocket-perodua-ativa-tempoh-menunggu-2-1
Sumber Gambar: Paultan.org

Tambah beliau lagi, berikutan isu kekurangan cip semikonduktor yang memberi kesan negatif kepada pelbagai industri secara global. Jualan 20,399 kenderaan Perodua pada April mencatatkan penurunan sebanyak 16.5% daripada 24,431 unit pada Mac.

“Walaupun isu kekurangan cip semikonduktor masih berlangsung secara global, Perodua berjaya menghasilkan 20,278 kenderaan pada April 2021, menjadikan jumlah pengeluaran kami setakat tahun ini sebanyak 80,661 unit,” kata beliau lagi.

vocket-perodua-ativa-tempoh-menunggu-3
Sumber Gambar: Wapcar.my

“Perodua tetap komited terhadap penghantaran tepat pada masanya, dibantu oleh skala ekonomi kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang dihargai atas kesabaran mereka.

“Kami akan bertungkus lumus untuk menyerahkan sebanyak kenderaan yang mungkin sebelum tamatnya pengecualian cukai jualan kerajaan pada akhir bulan Jun ini,” tambah beliau lagi.

vocket-perodua-ativa-tempoh-menunggu-5-1
Sumber Gambar: Facebook Marketplace

Difahamkan, isu kekurangan cip merupakan keutamaan Perodua buat masa ini. Perodua sedang mengkaji kesemua sumber yang ada termasuklah bekerjasama dengan pihak kerajaan dan rakan-rakan niaga lain untuk mencari penyelesaian.

Adakah anda salah seorang yang telah membuat tempahan Perodua Ativa baru-baru ini? Apakah pandangan anda mengenai tempoh menunggu yang agak lama ini? Kongsikan pendapat anda melalui ruangan komen di bawah.

Sebelum ini ada seorang bekas pemandu ‘rally’ telah melenjan kereta Perodua Ativa menaiki Genting Highlands. Tonton video tersebut melalui pautan di bawah.

Lihat Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Perodua Ativa Naik Genting Highlands

Dilengkapi Enjin Turbo, Ini Kos ‘Maintenance’ Perodua Ativa Yang Anda Kena Tahu

Perodua Ativa Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM61,500

Sumber