Model 5 Sports merupakan antara model ikonik untuk jenama Seiko dan tidak terhenti dengan kolaborasi khas bersama Street Fighter V, kali ini Seiko memilih watak terkenal dari manga Naruto dan Boruto untuk koleksi edisi terhad terkini.

7 model boleh dipilih daripada siri ini dengan setiap model mengambil inspirasi pakaian watak Naruto iaitu Naruto, Boruto, Sasuke, Rock Lee, Gara, Shikamaru dan Sarada. Lebih menarik, setiap model mempunyai rekaan belakang logo setiap tribe yang diwakili mereka dalam siri Naruto.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

seiko 1

seiko 2

seiko 3

seiko 4

seiko 5

seiko 6

seiko 7

seiko cover
Rekaan ‘back case’ untuk Naruto
Seiko
‘Packaging’ Seiko 5 Sports x Naruto berbentuk skrol yang unik

Setiap model akan disimpan dalam kotak khas berbentuk skrol yang menjadikan jam tangan ini satu item yang hebat untuk disimpan oleh peminat setia Naruto dan juga Seiko. Hanya 6,500 unit dihasilkan untuk setiap rekaan dan koleksi ini dijangka akan mula berada di pasaran Disember ini.

Ini pula beberapa kolaborasi jenama lain bersama siri manga Naruto. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pandang Pertama adidas Copa UltraBoost x Naruto ‘Kakashi’

Naruto Hiasi Pavilion Kuala Lumpur Sempena Koleksi Khas Bersama Coach

New Era Malaysia Lancar Koleksi Khas ‘Naruto’