Tidak ramai yang mampu untuk membeli seutas jam tangan berjenama Rolex. Sebagai alternatif, pengumpul jam dan penyelam laut dalam terutamanya menjadikan model Seiko Diver untuk kegunaan harian kerana kemampuannnya bertahan di dalam laut pada harga yang mampu milik.

Model Seiko Diver ini bakal kembali hit kerana jenama terkemuka Jepun, Bathing Ape bakal melancarkan model kolaborasi bersama Seiko untuk model Mechanical Diver.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model yang mirip Rolex Submariner ini dihiasi corak ikonik ABC Camo BAPE dan hadir dengan strap getah serta fungsi glow in the dark. Paling istimewa adalah bahagian belakang jam ini ditempa dengan ayat “A BATHING APE LIMITED EDITION” di samping tulisan jenama Seiko.

Jam tangan ini akan berada di pasaran pada 9 Februari ini di semua butik rasmi Bathing Ape. Tidak lupa juga ianya akan dijual secara eksklusif di bape.com dan ZOZOTOWN secara raffle. Model ini bakal dijual pada harga ¥60,000 (~RM2,233). Yang pasti, ianya masih ‘mampu milik’.

Seiko Bape 1

Seiko bape 2

Seiko bape 4