Apple pada minggu ini akhirnya mengumumkan mereka bakal mengakhiri siri pengeluaran iPod Nano dan iPod Shuffle. Mula diperkenalkan pada 2001, akhirnya siri ini bakal diberhentikan berikutan tidak lagi releven di dalam pasaran serta kebergantungan orang ramai terhadap telefon pintar yang semakin meningkat.

Menyingkap kembali sejak mula Steve Jobs mula memperkenalkan iPod, peranti yang hadir dengan rekabentuk yang ‘comel’ serta pelbagai warna ini nampaknya berjaya mengubah cara orang ramai mendengar muzik. iPod Classic yang mula diperkenalkan pada 2001 bukanlah mp3 player pertama yang hadir di dalam pasaran, namun berjaya membuatkan orang ramai mendapatkannya berikutan kualiti yang ada padanya.

apple-ipod-shuffle-5614-007

apple-ipod-nano-4th-generation-black-8-gb-for-parts-or-repair-as-is-aab1ca2d0487c7e3859e412405329c2f

Selang 4 tahun, Apple berjaya menemui solusi untuk menghasilkan iPod yang lebih kecil dan kompak. Model tersebut adalah iPod Nano.Steve Jobs turut menamakan iPod Nano sebagai iPod yang mampu menyimpan 1,000 lagu di dalam poket dengan mudah.

Buat peminat jenama Apple diluar sana, pengumuman iPod Nano ini antara detik ikonik Steve Jobs yang mungkin anda tidak boleh lupakan selain daripada pengumuman Apple iPhone pertama pada tahun 2007.

Apa yang membuatkan iPod tampil menarik adalah simplicity yang berjaya ditampilkan melalui produk keluaran Apple. Ianya mudah digunakan dan hadir dengan rekabentuk yang moden dan memudahkan pengguna. Tidak dilupakan juga siri ini berjaya menjadi ‘mp3 player’ yang dominen meskipun dengan kehadiran beberapa pencabar jenama lain seperti Microsoft, Sony dan Fii0.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2005, iPod Shuffle dan iPod Nano masing-masing turut menerima perubahan dari segi rekabentuk. Berpegang kepada konsep ‘thinner and lighter’, kedua-dua model akhirnya berjaya hadir dengan rekabentuk terakhir menerusi generasi ke-4 buat iPod Shuffle dan generasi ke-7 melalui iPod Nano.

IPod_shuffle_familly

ipod-nano-family-56a5359e5f9b58b7d0db83a1

Dikhabarkan sepajang 16 tahun penjualan, Apple berjaya mencatat penjualan lebih 400 juta unit iPod diseluruh dunia. Berakhirnya pengeluaran iPod Nano, Shuffle dan Classic turut bermakna siri pengeluaran awal iPod turut berakhir. Pengeluaran iPod Touch yang kini lebih mirip kepada iPhone masih diteruskan dengan ruang storan 32 GB setakat ini.

Terima kasih atas Apple atas idea untuk memperkenalkan iPod. Kehadiran peranti ini sedikit sebanyak berjaya mencorakkan industri muzik digital serta pengeluaran mp3 player diluar sana. Kehadirannya berjaya memberi hiburan buat ramai orang khususnya mereka yang membesar di zaman kebanjiran mp3 sebelum datangnya servis penstriman muzik.