Lamborghini merupakan satu jenama kereta mewah berprestasi tinggi yang menjadi buruan golongan berduit dari seluruh dunia. Namun jauh ke belakang, jenama yang berasal dari Itali itu menyimpan sejarah yang menarik.

Pada awalnya pengeluar Aventador ini dimulakan oleh seorang perusahaan traktor bernama Ferruccio Lamborghini. Traktor dengan nama Lamborghini Trattori dibangunkan dari lebihan perkakas senjata sewaktu pasca Perang Dunia II yang dikeluarkan secara berlebihan pada ketika itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

lamborghini-1

Selepas Perang Dunia II tamat, Lamborghini yang terkenal sebagai mekanik handal di Angkatan Udara Itali memulakan perniagaan traktor yang mana sebahagian dari komponennya berasal dari lebihan peralatan ketenteraan. Tak disangka, perniagaannya berkembang pesat hingga ke sektor infrastruktur termasuk mengeluarkan penghawa dingin dan pemanas untuk kegunaan rumah.

Ferruccio Lamborghini pun berubah menjadi kaya raya dan mula terlibat dalam hobi mahal dengan membeli sebuah Ferrari 250 GT. Namun, beliau kecewa dengan kereta mewah tersebut terutama di bahagian clutch hingga akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bertemu Enzo Ferrari dan memberikan cadangan beliau.

Namun pandangan beliau di pandang sebelah mata oleh Enzo Ferrari, dan kata-kata sinis berikut dilemparkan membuat Ferruccio Lamborghini tersinggung. “Masalah sebenar bukan pada kereta, tapi pada pemandunya!” kata Ferrari.

Lebih parah lagi, Ferrari melontarkan ucapan pedas dengan menyuruh Lamborghini untuk menguruskan perniagaan traktornya saja. Merasa dihina, Lamborghini bersumpah untuk mencipt kenderaan yang bakal mematahkan pesona Ferrari.

lamborghini-3

Setelah itu, Lamborghini mulai serius untuk mengeluarkan kereta berprestasi tinggi. Untuk bahagian rekabentuk beliau mengupah seorang designer berbakat bernama Giampaolo Dallara yang pernah bekerja didalam pasukan Ferrari V2. Bekas pekerja Ferrari iaitu Giotto Bizzarini, Franco Scaglione, dan Gian Paolo Dallara juga diajak bergabung menyertai beliau.

Tugas 3 orang bekas pekerja Ferrari itu sangat jelas: membuat GT mewah dan kuat yang mampu mencapai kelajuan 241 km/jam. Akhirnya, pengeluaran kereta pertama berjaya dihasilkan dan nama pengasasnya dijadikan sebagai jenama kereta ini – Lamborghini 350GT. Ia diperkenalkan kepada umum pada bulan Mac 1964 di Geneva Auto Show.

Hingga kini, Lamborghini dan Ferrari terus bersaing untuk mencipta kenderaan yang menjanjikan prestasi terbaik. Kedua jenama ini juga memiliki karakter dan peminat masing-masing.

Sumber: LamboWeb.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram