Umum sedia faham yang OK merupakan jawapan paling ringkas apabila ditanyakan sesuatu soalan. OK menunjukkan signifikasi yang anda faham tentang soalan yang ditanya atau menyatakan ya kepada sesuatu. Walaupun sudah ringkas, ianya diringkaskan lagi oleh orang kita apabila cuma ‘K’ sahaja yang tinggal. ‘K’ biasanya akan dijumpai melalui balasan pesanan menerusi SMS atau WhatsApp.

Saban hari kita menggunakan perkataan OK ini dan adakah kita tahu maksud OK ini? Adakah ianya mempunyai maksud tersendiri yang kita sendiri tidak tahu? Jadi mari kita ambil tahu sedikit tentang sejarah perkataan ok ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya bermula di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat pada hujung tahun 1830an di mana editor-editor akhbar suka untuk mencipta singkatan (akronim) kepada istilah untuk diisi dalam ruangan akhbar mereka antaranya OW (all right) dan WOOOFC (with one of our first citizens).

Pada 23 Mac 1839, istilah OK telah diperkenalkan buat pertama kali dalam akhbar Boston Morning Post untuk memberi maksud all correct (Oll Korrect). Ejaan all correct dieja sedemikian sebenarnya hanyalah satira akhbar berkenaan tetapi nampaknya, perkataan OK survived sehingga sekarang berbanding istilah singkatan yang lain.

Tetapi teori berkenaan ok bukan hanya datang dari akhbar Boston Morning Post ini sahaja. Satu lagi teori adalah dari seorang rakyat Amerika bernama Martin Van Buren. Beliau adalah salah seorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya di tahun 1849. Beliau mempunyai nama panggilan ‘Old Kinderhook’ dan ada mengatakan bahawa Buren adalah seorang yang tidak pandai mengeja. Jadi setiap dokumen yang beliau terima, beliau akan tanda ‘OK’, dengan maksud all correct.

Sedekad dari tarikh ini, ramai yang mula menandatangani dokumen mereka dengan ok dan menggunakan terma ok di telegraph bagi menandakan semuanya dalam keadaan baik. Kini masyarakat memandang ok sebagai sesuatu yang mudah untuk ditulis dan dicakap sambil memberi makna YA yang cukup jelas.

Pada awalnya ramai yang skeptikal untuk menggunakan istilah ok untuk urusan rasmi kerana tidak mahu dipandang sebagai tidak pandai. Mana tidaknya, all correct ditulis ok. Nampak sangat seperti anda tidak tahu mengeja all correct dengan betul.

Tetapi menjelang abad ke-20, ok sudah menjadi satu istilah yang mainstream dan diguna pakai oleh setiap individu. Istilah ok ini memudahkan komunikasi harian kerana ianya diguna pakai di seluruh dunia. Anda sebut sahaja ok di Bangkok, London, Tokyo atau Dubai, mereka akan faham ianya cara untuk menyatakan kata sepakat atau ya tanpa perlu bercakap lebih.

Begitulah serba sedikit asal istilah ok ini. Walaubagaimanapun, istilah ok ini masih lagi tidak sesuai diguna pakai dalam penulisan rasmi; thesis contohnya kerana ianya tidak professional. Anda tidak akan jumpa perkataan ok dalam mana-mana tulisan rasmi. Ok? Kalau semua sudah jelas, ok lah tu.

Sumber