Pizza Hut adalah jenama besar dalam industri makanan dan minuman. Dilahirkan pada tahun 1958, hari ini, Pizza Hut adalah syarikat francais pizza terbesar di dunia.

Di Malaysia, Pizza Hut mula bertapak pada 19 Mei 1982 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.

Did you know the first Pizza Hut outlet in Malaysia was opened in 1982 at Plaza Yow Chuan? #ThrowbackThursday

Posted by Pizza Hut on Thursday, June 4, 2015

Sejak itu, Cerebos, syarikat yang bertanggungjawab mengendali jenama Pizza Hut telah membuka 29 gerai di Malaysia sebelum memutuskan untuk menjual francais tersebut kepada KFC Holdings Malaysia Berhad pada bulan Disember 1995.

Sejarah

Sejarah Pizza Hut bermula ketika dua saudara lelaki, Frank dan Dan Carney, meminjam USD$ 600 dari ibu mereka pada tahun 1958 untuk membuka perniagaan pizza di Wichita, Kansas.

Kedua saudara ini kemudiannya menyewa sebuah bangunan kecil di pusat Bandar Wichita dan membeli peralatan terpakai untuk membuat pizza. Nama Pizza Hut muncul selepas itu disebabkan papan tanda yang mereka guna hanya muat untuk lapan huruf.

History-of-Pizza-Hut

Di malam pembukaan, Frank dan Carney mula mengedarkan pizza buatan mereka bagi menarik minat orang ramai. Setahun kemudian, pada tahun 1959, Pizza Hut ditubuhkan di Kansas, dan Dick Hassur membuka unit francais pertama di Topeka, Kansas.

Pada awal 1960-an, Pizza Hut dibesarkan dengan kekuatan pemasaran yang agresif. Kemudian pada tahun 1966, ketika jumlah unit francais Pizza Hut telah meningkat menjadi 145, sebuah ibu pejabat ditubuhkan untuk menyelaras perniagaan Wichita.

Dua tahun kemudian, francais Pizza Hut pertama dibuka di Kanada. Ini diikuti dengan pembentukan Persatuan Pemegang Francais Pizza Hut Antarabangsa (IPHFHA).

Express-1

IPHFHA ditubuhkan dengan tujuan untuk memperoleh 40% operasi francais syarikat, atau 120 kedai, dan menambahkannya ke enam gerai yang dimiliki sepenuhnya oleh Pizza Hut.

Kemudian, pada tahun 1969, logo bumbung merah seperti sekarang mula digunakan untuk nama Pizza Hut. Selepas berumur 13 tahun, Pizza Hut telah berjaya menjadi restoran pizza nombor satu di dunia.

Pada tahun 1971, dari segi penjualan dan jumlahnya, restoran Pizza Hut lebih unggul daripada restoran pizza yang lain. Pada tahun 1995, Pizza Hut telah mencipta pizza dengan tepian roti yang berisi. Resepi baharu ini terbukti berjaya apabila penjualan mereka terus meningkat.

y6i4b7bgbqeghcd9u9cr

Pizza Hut juga merupakan syarikat pertama yang menyampaikan pizza ke Space Station, sebuah stesen angkasa antarabangsa. Kini, Pizza Hut masih beroperasi di setiap negara dan mempunyai lebih daripada 16,000 cawangan di lebih dari 100 negara.

Selama empat dekad bertapak, Pizza Hut telah membina reputasi yang tidak terjangkau. Produk mereka telah mendapat penghargaan dari pengguna dan juga pakar industri dari pelbagai negara. Selain itu, pencapaian mereka juga pernah ditulis di dalam Restaurant Business, Fortune dan The Wall Street Journal.

Pizza Hut telah menunjukkan bahawa sisi kejayaan sesuatu perniagaan itu adalah kerja keras serta komitmen dan dedikasi yang tinggi. Tidak kira sebanyak mana wang yang dicurah, perniagaan tanpa leadership yang baik tidak akan membawa nama Pizza Hut bertahan selama hampir empat dekad.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

KFC Dan Pizza Hut Malaysia Sedia Dijual Dengan Harga RM6 Bilion

‘Pizza Heart’, Menu Unik Pizza Hut Sempena Valentine’s Day

Pizza Hut Perkenalkan Menu Istimewa ‘Sweet & Sour Cheesy Bites’ Sempena Tahun Baru Cina

 

Anda Mungkin Suka