Choki-Choki merupakan snek kegemaran ramai orang. Malah, setiap orang memiliki cara menikmati Choki-Choki yang berbeza.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @PopPelangi telah berkongsi sedikit sejarah bagaimana tercetusnya snek kegemaran ramai, Choki-Choki. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejarah awal

Coklat dihasilkan melalui tanaman pokok koko. Pokok koko berasal dari hutan Amazon, tetapi ia dibiakkan dan ditanam secara meluas oleh orang Olmec di Tenochtitlán di Mexico. Pokok ini mula ditanam kira-kira 4,000 tahun dahulu dan dianggap ubat perangsang seks pada ketika itu.

Melalui Columbian Exchange, iaitu pertukaran dari segi tumbuhan, ternakan dan penyakit dari Dunia Lama (Asia, Eropah dan Afrika) ke Dunia Baru (Amerika), koko mula dibawa ke Eropah apabila penjajah Sepanyol, Hernán Cortés bertemu dengan Moctezuma sebelum peperangan tercetus.

Dalam perang Aztec-Sepanyol 1519, Sepanyol telah memenangi perang tersebut 2 tahun kemudian. Kemudian, wabak yang melanda Tenochtitlán akibat penduduk Dunia Baru tidak pernah menghadapi selsema dari Dunia Lama (Eropah) dan tidak mempunyai antibodi untuk menentang selsema.

Kedatangan koko

Columbian Exchange sebenarnya adalah saat di mana globalisasi bermula dengan makanan dari benua Amerika (Dunia Baru) seperti coklat mula didatangkan ke Dunia Lama (Asia, Eropah dan Afrika).

Sekitar abad ke-16, Sepanyol menguasai penjualan coklat yang dikatakan pada ketika itu makanan termahal dunia selain daripada rempah Asia. Bersama penyatuan Iberian Union Sepanyol-Portugal, dua negara ini mencipta kekayaan dari dua komoditi ini, koko di Barat dan rempah di Timur.

Pada ketika ini, Belanda sedang berjuang untuk merdeka daripada Sepanyol. Belanda kemudian menjadi Empayar dan menghancurkan hegemoni Sepanyol dan Portugis, seterusnya menakluk Melaka pada 1641, lalu mula berdagang dengan kerajaan Mataram.

Sedikit demi sedikit, Belanda mula menakluk kepulauan Nusantara dan selepas tercetusnya Perang Napoleon pada 1803, Belanda telah ditawan Napoleon. Lalu menyebabkan British yang menjadi musuh Perancis menjaga kepentingan Belanda di Melaka, kerana British sudah bertapak di Bengkulu.

Indonesia pengeluar koko terbesar

Belanda menjajah kepulauan Nusantara ini selepas Perjanjian Inggeris-Belanda yang membelah dua wilayah ini menjadi dua wilayah imperialis. Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo Utara jadi milik British, sementara Sumatera, Jawa, Kepulauan Maluku, Sulawesi menjadi milik Belanda.

Sumpah Pemuda telah diisytiharkan pada 28 Oktober 1928 lalu tercetus idea Indonesia sebagai sebuah negara merdeka. Perang Dunia Kedua memperlihatkan Jepun selaku kuasa Asia menguasai benua tersebut, seterusnya menepis kepercayaan hanya Eropah sahaja yang kuat.

Sepanjang Belanda menjajah Indonesia, antara tanaman yang ditanam di sini ialah koko, dan Indonesia adalah pengeluar koko yang besar. Jadi selepas merdeka, koko antara penyumbang utama kepada ekonomi Indonesia.

Koko mula direvolusi

PT Mayora Indah ditubuhkan pada tahun 1977, apabila perindustrian mula berkembang pesat di Indonesia. Mereka bermula dengan industri kecil-kecilan membuat biskut di sekitar Jakarta. Produk pertama mereka ialah biskut Marie pada 1948.

Pada tahun 1967, mereka popular dengan menghasilkan biskut jenama Roma, dan pada 1977 selepas disenaraikan di Bursa Saham Jakarta, mereka membuka kilang mereka di Tangerang, Banten.

IMG20190125001558

Pada tahun 1982, Kopiko telah dihasilkan dan pada tahun 1984 mereka hasilkan biskut Beng Beng. Choki-Choki telah dihasilkan pada tahun 1985, hasil lebihan dari produk koko dari biskut Roma.

Rupanya, inilah sejarah bagaimana koko telah datang ke Indonesia lalu berjaya menghasilkan produk yang disukai ramai iaitu Choki-Choki. Apakah kenangan anda bersama Choki-Choki yang paling anda tidak dapat lupakan?

Adakah anda tahu sejarah burger? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ketahui Sejarah Burger Sehingga Menjadi Kegemaran Orang Ramai Seluruh Dunia

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Bagaimana Sate Haji Samuri Bantu Dalam Menaikkan Nama Bandar Kajang

Sumber