Suri rumah atau golongan ibu sering menganggap Tupperware adalah barang paling bernilai selain daripada emas yang mereka pakai atau pinggan mangkuk yang tersedia cantik di dalam kabinet.

Mana tidaknya, produk isi rumah yang dibuat dari bekas plastik ini sering dijual dengan harga yang sangat mahal. Contohnya, botol minuman biasa mampu mencecah sehingga RM50.00 atau satu set bekas makanan mampu mencapai sehingga beratus ringgit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahun 1946

Earl Tupper adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Tupperware pada tahun 1946. Dia yang berasal dari Amerika Syarikat mencipta Tupperwar untuk tujuan menyimpan makanan dengan fungsi kedap udara.

Salah satu keistimewaan produk Tupperware adalah burping seal yang berfungsi untuk mencegah udara luar daripada memasuki ke dalam bekas makanan dan fungsi ini telah menjadikan produk mereka lain daripada yang lain.

Tupper yang bertanggungjawab mencipta bekas kedap udara atau air ini mengaku mengambil ilham daripada penutup cat. Inovasi ini kemudiannya diaplikasikan dalam reka bentuk Tupperware sebelum menjadi salah satu reka bentuk ikonik Tupperware.

Manakala plastik yang membentuk Tupperware adalah bioplastik, yang merupakan hasil campuran dari sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah diujiĀ  selamat untuk alam sekitar dan makanan.

Strategi Pemasaran Tupperware

Sejak awal, penjualan Tupperware menerapkan strategi pintu ke pintu dengan istilah Tupperware Party. Strategi ini dibuat secara langsung oleh Brownie Wise, naib presiden dan juga individu penting yang berjaya menaikkan jenama Tupperware.

Malangnya, Brownie dipecat kerana popularitinya melebihi Tupper, pembuat Tupperware. Kemudian Tupperware dijual kepada Rexall Drug pada tahun 1958.

Strategi penjualan seterusnya adalah meletakkan wanita di pusat jualan pintu ke pintu. Ini juga banyak membantu para wanita zaman tersebut, terutamanya semasa Perang Dunia Ke-II, untuk memperoleh pendapatan sendiri.

Pada tahun 1956, Tupperware dimasukkan dalam senarai penemuan terbaik Guinness Book of World Record abad ke-20, berkat dari inovasi penutup kedap udara dan kedap air.

Rakyat Malaysia diperkenalkan dengan Tupperware pada tahun 1964. Walaupun produknya berada dalam lingkungan harga yang tinggi, kaum wanita akan berusaha untuk membelinya. Mereka bukan membeli Tupperware hanya untuk digunakan, tetapi ia juga adalah simbol gaya hidup kelas menengah.

Terdahulu, seorang individu membuat perkongsian bagaimana untuk menghilangkan kesan minyak di Tupperware dengan hanya menggunakan tisu dan sabun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hanya Guna Tisu Dan Sabun, Lihat Bagaimana TikTok Ini Bantu Bersihkan Kesan Minyak Di ‘Tupperware’