Logo adalah sangat penting untuk sesuatu jenama. Logo yang terbaik adalah logo yang mudah untuk diingati oleh para pelanggan. Dalam satu kajian yang dibuat Signs terhadap 156 individu berusia lingkungan 20 hingga 70 tahun, mereka diuji untuk ingat beberapa logo jenama yang terkenal di Amerika Syarikat.

Antara logo yang dijadikan ujian adalah Apple, Adidas, 7-11, Starbucks, IKEA dan beberapa jenama lagi. Ujian ini dinamakan ‘Branded in Memory’ di mana mereka perlu melukis kembali logo-logo ini berpandukan ingatan mereka terhadap logo jenama tersebut sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam banyak-banyak logo ini, yang paling ramai meneka dengan tepat adalah logo IKEA dan untuk logo yang lain, hasilnya memang pelbagai. Kumpulan ini masih dapat meneka dengan tepat warna kepada logo-logo ini tetapi rekaannya mungkin sedikit berbeza daripada yang asal.

Ini adalah sebahagian daripada jenama yang diuji oleh pihak Signs. Untuk lihat pencapaian logo yang lain, boleh klik di sini. Logo seperti Walmart dan Foot Locker mungkin kurang popular dengan penduduk di Malaysia kerana tiada butik atau pasar raya mereka di sini. Mungkin kalau Signs buat edisi Malaysia, logo Giant, Milo dan Aliph pula boleh diuji?

Logo 1

logo 2

logo 3

logo 4

logo 5

logo 7

logo 8

logo 9