Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Suasana yang sejuk dan dikelilingi alam semulajadi menjadikan Cameron Highlands destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong. Bukan itu sahaja, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini sambil nikmati keindahan alam semulajadi.

Beberapa pengguna Facebook telah berkongsi keadaan di Cameron Highlands semalam. Kabus tebal dan suhu mencecah 17°c di Cameron Highlands menjadi tumpuan orang ramai.

Screenshot 2021-07-01 at 10.41.56 AM

Screenshot 2021-07-01 at 10.43.37 AM

Dapat dilihat kabus tebal menyelubungi Cameron Highlands dan hanya dengan melihat gambar sudah dapat bayangkan rasa dingin seperti berada di luar negara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rindu mahu berkunjung ke Cameron Highlands dan merasai suasana seperti itu lagi.

Malah, ada juga netizen berkata ada hikmah pelaksanaan PKP kerana tiada pencemaran alam disebabkan asap kenderaan di sana lalu udara makin bersih.

Screenshot 2021-07-01 at 11.31.46 AM

Screenshot 2021-07-01 at 11.32.07 AM

Pastinya ramai sudah tidak sabar mahu ke Cameron Highlands selepas melihat gambar ini, bukan? Tidak dapat berkunjung sekarang tidak mengapa tetapi jika penularan wabak COVID-19 sudah terkawal, maka anda haruslah menyemarakkan kembali industri pelancongan negara kita.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan percutian ke Cameron Highlands pada pautan di bawah ini.

22 Perkara Dan Tip Yang Ingin Aku Kongsikan Semasa Bercuti Di Cameron Highland

Hillside Cottage, Penginapan Dikelilingi Alam Semula Jadi Yang ‘Awesome’ Di Cameron Highlands

Cawangan Pertama McDonald’s Di Cameron Highlands Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi

Anda Mungkin Suka