Sebut mengenai Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA pastinya orang ramai mengenalinya. Sering tampil dengan kontroversi melibatkan rakan artis yang lain berikutan mulutnya yang ‘lantang’ antara yang membuatkan beliau sering menjadi buah mulut netizen.

Terbaharu, sempena dengan musim Ramadan, Azwan Ali menerusi rancangan Isma’ Kalamullah Selebriti Ramadan UTUSAN TV tampil dengan sisi yang berbeza di mana beliau dilihat membaca surah Al-Fatihah dengan taranum yang tersendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bacaan penuh penghayatan dengan gaya yang tersendiri ini sekaligus telah mendapat perhatian ramai di mana para netizen rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat Azwan Ali.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat adalah lebih baik sekiranya beliau membuka cermin mata untuk lebih khusyuk.

Sumber: TikTok @xtra_my
Sumber: TikTok @xtra_my
Sumber: TikTok @xtra_my

Tahniah diucapkan buat Azwan Ali atas keberanian untuk berkongsian bacaan surah Al-Fatihah bersama para penonton. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadan pada kali ini bakal menjadi waktu untuk orang ramai memfokuskan kepada ibadah sekaligus memilih untuk menjadi insan yang lebih baik.