Sebelum ini, Ryzal Ibrahim yang ‘bergurau’ dan menyentuh sensitiviti masyarakat Iban bersama isterinya yang berasal dari Korea iaitu Maryam mendapat kecaman netizen. Hal ini menunjukkan isu yang berkaitan bangsa, pakaian dan budaya sangat sensitif.

Terbaharu, penyanyi Zynakal turut dikecam oleh netizen kerana meninggalkan komen ‘uga-uga’ di perkongsian gambar Yonnyboii yang berpakaian baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CPiXDkJHdr8/

Susulan menerima kecaman hebat netizen, Zynakal bertindak meminta maaf secara terbuka di Instagram miliknya semalam. Malah, Zynakal mengatakan dirinya hanya bergurau dengan rakannya, Yonnyboii dan tiada niat untuk mempersendakan budaya dan adat Sarawak.

Menerusi video berdurasi seminit itu, Zynakal memohon maaf seandainya gurauannya itu menyakitkan hati mana-mana pihak serta berharap permohonan maafnya itu dterima semua warga Sarawak. Tambahnya, Zynakal juga harap benda ini tidak akan berulang lagi.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan isu Ryzal Ibrahim menyentuh sensitiviti masyarakat Sarawak, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Ini Kain Buruk’, Gurauan Ryzal Ibrahim Tentang Pakaian Tradisi Iban Undang Kecaman Netizen

Mendapat Sambutan Luar Biasa, ‘Reseller’ Ambil Kesempatan Jual Semula Bekas The BTS Meal