Kriptowang sehingga kini masih menjadi perbualan pengguna internet di luar sana kerana masih dilihat sebagai sesuatu hype semata-mata. Sudah ramai tokoh terkemuka yang memberi pandangan berkenaannya dan kini giliran Tun Mahathir pula memberi pendapat beliau.

Menerusi sebuah video ML Studio, mereka telah menanyakan pandangan tokoh negara Malaysia iaitu Tun Mahathir berkenaan kriptowang yang sedang hangat ketika ini. Beliau secara peribadinya tidak percaya dengan kriptowang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube ML Studio

Beliau berpendapat kriptowang merupakan wang yang disembunyikan tanpa mempunyai sebarang sandaran seperti matawang fiat sekaligus berpotensi bakal terhapus lambat-laun kelak.

Malah, beliau menambah lagi kriptowang secara dasarnya hanya mempunyai nilai sekadar dari spekulasi dan juga permintaan semasa semata-mata. Ini menjadikan kriptowang tidak memiliki kestabilan nilai  dan boleh dimanipulasi secara tidak langsung.

Sumber Gambar: Bitcoinnews.com

Bercakap mengenai persoalan golongan jutawan yang bermain kriptowang secara khususnya, beliau menegaskan mereka mampu membeli dalam jumlah yang besar lalu dijual dengan harga yang tinggi apabila permintaan pasaran meningkat. Sementara pemain kecil lain, ia dilihat sesuatu yang tidak menguntungkan dan tidak memberi kesan pada ekonomi kriptowang.

Tambahan pula, beliau juga menerangkan bahawa matawang fiat sama sekali tidak akan digantikan dengan kriptowang seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak.

Matawang fiat secara dasarnya mempunyai sandaran yang kukuh daripada emas atau pun ekonomi negara yang baik. Sementara kriptowang pula hanya bergantung pada spekulasi dan permintaan sahaja.

Di samping itu, beliau turut mengakhiri sesi soal jawab dengan mengatakan kriptowang bukanlah jalan mudah untuk menjadi kaya raya. Malah, anda akan hanya menjadi mangsa kepada sesuatu skim cepat kaya atau hype semata-mata.

Sumber