Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di aplikasi permesejan WhatsApp di mana pelbagai berita palsu sedang rancak disebarkan melibatkan wabak COVID-19 serta vaksin.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini, apabila seorang suri rumah di Perlis yang mahu memberi ‘peringatan’ kepada orang ramai mengenai bahayanya wabak COVID-19 didenda RM5,000 gara-gara menyebarkan berita tidak benar.

Meskipun niatnya bertujuan untuk orang ramai berhati-hati, tertuduh Norjannah Rusli berusia 28 tahun telah didenda berikutan mesej yang dihantar mampu menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.

Screen Shot 2021-06-02 at 2.48.11 PM
Sumber: Berita Harian

Difahamkan isu ini bermula sejak pada April lalu di mana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif COVID-19.

Beliau yang diwakili oleh peguam Zuhair Ahmad Zakuan yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah meringankan hukuman tertuduh disebabkan tertuduh sedang mengandung yang berusia 28 hari

Menurut keputusan yang dibuat yang dibuat Hakim Musyiri, hukuman denda sebanyak RM5,000 telah dikenakan dan tertuduh juga boleh dipenjara selama lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kes pertama seumpama ini berlaku di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh, perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih dan benar mengenai penularan COVID-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah itu menurut Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail.

Tular pada hari ini apabila Hafizh Shahrin meluahkan kekecewaan beliau terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas isteri beliau dihalang mengikuti beliau ke Eropah.

Gagal Bawa Isteri Ke Eropah, Hafizh Syahrin Luah Rasa Kecewa Terhadap Imigresen Malaysia

Tumpang Populariti Dan Dakwa BTS Meal Promosi Kekejaman Haiwan, PETA Asia Diserang ‘Army’

 

Sumber