Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa sangka, kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih rakyat pada Mei 2018 sudah mai bergolak kurang dari dua tahun dalam pentadbiran. Situasi menjadi lebih hangat apabila teka-teki tarikh perlantikan individu yang bakal menggantikan Tun Mahathir semakin kerap dibincangkan.

Sejak petang tadi, orang ramai serta sidang media seolah tertanya-tanya dengan langkah sejumlah besar ahli parlimen daripada beberapa parti yang dilaporkan berkumpul di beberapa hotel ternama di Kuala Lumpur dalam membincangkan mengenai sokongan kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri serta pembentukan kerajaan baharu.

0C981CD3-5DC8-499D-BF4C-27D508D35FB3

Sumber: The Star Online

Berdasarkan majlis makan malam muafakat parlimen yang baru sahaja berlangsung di Hotel Sheraton, dilaporkan Tun Mahathir Mohamad berjaya mengumpul 131 sokongan ahli parlimen daripada pelbagai parti. Sokongan yang diterima ini terdiri daripada ali parlimen UMNO, PAS,GPS, Warisan serta sebahagian ahli parlimen PKR.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dicadangkan bakal menjadi bakal Perdana Menteri Ke-8 pula dikatakan bakal ke Istana Negara pada petang esok untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi membincangkan mengenai kemelut politik yang berlaku.

Sama-sama kita nantikan, langkah yang bakal dibuat oleh pemimpin negara serta keputusan yang bakal ditentukan oleh YDPA sama ada untuk mengadakan Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) atau sebaliknya.

Kami kongsikan kepada berita mengenai kemenangan Pakatan Harapan dalam menakluk Putrajaya pada Mei 2018 lalu. Turut dikongsikan, temu ramah Anwar Ibrahim yang dikelola oleh Maya Karin.

Rasmi: Pakatan Harapan Takluk Putrajaya

Maya Karin Cabar Anwar Ibrahim Jawab Isu Kontroversi Dalam ‘Hot Ones’

Anda Mungkin Suka